suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ananda sanggup bayar RM570 juta beli Newcastle

PETALING JAYA: Antara orang terkaya di Malaysia, T. Ananda Krishnan disebut-sebut sanggup untuk membeli pasukan bola sepak Inggeris, Newcastle.

Ananda dikatakan sudah hampir untuk memuktamadkan urus niaga mengambil alih pasukan itu daripada pemiliknya Mike Ashley.

Orang ketiga terkaya di Asia itu sanggup membayar lebih RM570 juta.

Selain beliau beberapa konsortium juga termasuk dari negara lain sudah mengintai peluang mengambil alih pasukan berkenaan yang sudah diturunkan ranking Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Laporan The Sun London menyebut, Ananda akan menggunakan khidmat Alan Shearer sebagai pengurus kelab itu.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata pihak kementerian tidak akan menghalang usaha berkenaan yang dijalankan atas motif perniagaan.

Bagaimanapun jelas beliau kementeriannya belum dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

"Kementerian belum dimaklumkan, saya pun hanya mengetahui menerusi akhbar hari ini (semalam).

"Kami tidak akan menahan (usaha membeli) itu... ia adalah satu bentuk usaha niaga," katanya selepas merasmikan Majlis Mesyuarat Penubuhan Persatuan Belia (Protem) Secara Berkelompok di sini semalam.

Artikel Sebelum

Artikel Lain