suria

Harimau Muda rampas takhta Liga Perdana

KUALA LUMPUR: Pasukan Harimau Muda berjaya merampas takhta Liga Perdana daripada Johor setelah menumbangkan Sabah 20 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu membuka jaringan pada minit ke32 melalui Abdul Shukur Jusoh yang menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan, Irwan Jamil.

Walaupun menguasai perlawanan, Harimau Muda terpaksa menunggu pada minit ke-90 perlawanan untuk menjaringkan gol kedua apabila Abdul Shukor sekali lagi meledak untuk memastikan tiga mata berharga dapat diraih.

Kemenangan ini bukan sahaja membantu Harimau Muda bertakhta di Liga Super dengan mengumpul 34 mata hasil daripada 12 perlawanan namun turut mengekalkan rekod tanpa kalah.

Johor yang tidak bermain pada malam ini berada di tangga kedua dengan 31 mata hasil 12 perlawanan yang telah diharungi.

Saingan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pula menyaksikan Kuala Lumpur berpesta gol apabila membelasah SDM Kepala Batas 51 walaupun dikejutkan oleh gol awal tuan rumah melalui Zainal Zakaria pada minit ke-11.

Skuad bimbingan Razif Ismail itu membalas dengan lima gol melalui Abdul Hadi Yahya (m23), Yong Kuong Fong (m35), Mohd Hafzairi Azmi (m37), Azidan Sarudin (m51) dan Ahmad Azwan Bakri (m88).

Di Stadium Darul Makmur, pasukan Shahzan Muda turut mencatatkan kemenangan apabila menewaskan Selangor PKNS 31 hasil sumbangan dua gol oleh Azizul Kamaluddin pada minit ke-20 dan 22.

Tuan rumah mengukuhkan kedudukan mereka apabila Abdul Rahman Abd Kadir menjaringkan gol ketiga Shahzan Muda pada minit ke-36 manakala gol tunggal pelawat hadir pada minit ke-70 melalui Mohamad Khairul Anuar. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain