suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan juga satu dakwah - Jamil Khir

KOTA KINABALU: Karnival sukan melibatkan agensi agama dan badan bukan kerajaan (NGO) berasakan Islam merupakan salah satu pendekatan dakwah sekaligus merapatkan hubungan dengan masyarakat, terutamanya golongan remaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

"Remaja suka pada benda-benda yang menyeronokkan seperti sukan.

"Kalau agensi dan jabatan agama menganjurkan karnival sukan dan melibatkan golongan remaja, kita dapat melebarkan ruang medan dakwah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Liga Sukan Agensi Agama dan NGOs Islam Sabah (Lisan) 2009 di sini hari ini.

Beliau juga berkata agensi agama dan NGO Islam perlu kreatif dan inovatif dalam mengeratkan silaturrahim di kalangan umat di samping melahirkan generasi muda yang sihat dan cergas melalui melalui pelbagai aktiviti. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain