suria

Malaysia gagal ke akhir Hoki Piala Asia

KUANTAN: Malaysia gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Asia ke8 selepas tewas 24 kepada Pakistan pada perlawanan separuh akhir di Stadium Hoki Wisma Belia di sini, malam ini.

Permainan pantas Pakistan ternyata gagal disaingi skuad Malaysia sekalipun mendapat sokongan hampir 5,000 penonton.

Sekalipun mendahului menerusi jaringan awal minit ke3 menerusi jaringan padang Ismail Abu, ternyata Pakistan tidak mudah menyerah kalah, pantas bangun untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan padang Rehan Butt pada minit ke-19.

Separuh masa kedua ternyata didominasi Pakistan apabila mula mendahului menerusi jaringan padang pada minit ke47 apabila hantaran silang Rehan Butt ditolak masuk oleh Akhtar Ali.

Skuad bimbingan Tai Beng Hai terus dihimpit gol ketiga lawan menerusi jaringan padang oleh Rehan Butt pada minit ke-63, sebelum Hassem Khan menambah sengsara Malaysia menerusi jaringan padang pada minit ke-66.

Ismail bagaimanapun berjaya mengurangkan defisit gol kekalahan selepas menjaringkan gol kedua Malaysia menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-70.

Sementara itu jurulatih Malaysia, Tai Beng Hai tetap berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pemain walaupun gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Katanya, pertemuan dengan Pakistan sememangnya satu perlawanan yang sukar dan skuad negara ternyata gagal menterjemahkan harapan ke final.

"Apapun saya berharap skuad negara akan memberi satu komitmen yang tinggi dalam penentuan di tempat ke3 dan 4 dengan pasukan China nanti," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tamat.

Beng Hai berkata, secara keseluruhan persiapan empat bulan setengah yang dilakukan oleh skuad negara telah menunjukkan satu persembahan yang baik dan memuaskan. BERNAMA

Artikel Lain