suria

Korea Selatan mara ke akhir Hoki Piala Asia

KUANTAN: Korea Selatan layak ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2009 selepas menewaskan China 51 pada saingan separuh akhir di Stadium Wisma Belia di sini hari ini.

Bagaimanapun, China, yang dibimbing oleh Cho Myung Jun, membuat kejutan apabila mendahului seawal minit ke11 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Hui Ren Hu.

Gol awal itu tidak mematahkan semangat Korea Selatan yang pantas bangkit untuk memperkemaskan corak serangan sebelum menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti oleh Byung Hoon Kim pada minit ke-29.

Separuh masa kedua menjadi milik Korea Selatan yang terus melancarkan serangan kemas sehingga tidak memberi peluang kepada China untuk mencuri kesempatan menandangi kehebatan pasukan lawan.

Hyo Sik You menjadi wira pasukan Korea Selatan apabila mencipta hatrik pada minit ke-36, 41 dan 68 dan Hye Sung Hyun pada minit ke-56.

Korea Selatan akan menentang pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan Pakistan malam ini pada perlawanan akhir Sabtu ini.

Sementara itu, India membelasah Bengladesh 111 pada perlawanan menentukan kedudukan. BERNAMA

Artikel Lain