suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

70 pemain asing sertai Kejohanan Golf Terbuka Amatur Malaysia

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Koh Dengshan dari Singapura adalah antara 70 pemain asing yang mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Golf Terbuka Amatur Malaysia di Kelab Golf Sarawak, Kuching, minggu depan.

Selain Koh, kejohanan anjuran Persatuan Golf Malaysia (MGA) itu dari 21 hingga 24 Mei ini turut diserikan dengan kehadiran pemain utama antarabangsa Rashid Khan dari India.

Pengurus Besar MGA V. Ravindran memberitahu Bernama hari ini bahawa pemain tempatan dijangka menghadapi saingan sengit daripada pemain handalan dari negara kuasa besar seperti Australia, New Zealand, Thailand, India dan Korea Selatan.

Selain itu, pemain lain ialah dari Brunei, Bahrain, Bangladesh, Hong Kong, Indonesia, Myanmar, Pakistan, Filipina, Singapura, Sri Lanka dan Taiwan.

Ravindran berkata MGA akan menjadikan kejohanan itu sebagai medan pemilihan pemain berpotensi untuk mewakili Malaysia pada Sukan SEA ke25 di Laos Disember ini.

Katanya buat pertama kali kejohanan ini menyertakan acara wanita.

Ravindran berkata Malaysia akan diwakili oleh penyertaan automatik oleh pasukan elit dan pelapis MGA dan pemain lain yang layak daripada Kejohanan Tertutup Amatur Malaysia, Terbuka Amatur Sarawak dan Terbuka Amatur Sabah. BERNAMA

Artikel Lain