suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesta Bola Merdeka uji skuad bawah 23 tahun

PETALING JAYA: Skuad bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan yang terlepas peluang untuk bertemu Brazil, Mexico, Turki dan Korea Selatan ekoran pembatalan Kejohanan Piala Antara Benua bawah 23 tahun akan beraksi dalam Pestabola Merdeka pada Ogos sebagai persediaan ke Sukan SEA di Laos.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Khairy Jamaluddin berkata selain itu FAM sedang mengusahakan beberapa siri perlawanan persahabatan untuk memastikan skuad itu berada di tahap terbaik sebelum ke temasya Sukan SEA pada Disember.

"Kita boleh sediakan siri perlawanan persahabatan yang mencukupi untuk mereka. Tapi daripada segi kecergasan, taktik dan teknikal, saya serahkan pada jurulatih K. Rajagobal," katanya selepas menghadiri majlis penutup Seminar Pembangunan Teknikal FIFA dekat sini.

Khairy berkata walaupun terkilan dengan pembatalan Piala Antara Benua, persediaan skuad bawah 23 tidak terjejas sebaliknya siri perlawanan berprofil tinggi sedang cuba diusahakan buat masa sekarang.

Kejohanan Piala Antara Benua yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dari 1 hingga 14 Jun ini dibatalkan semalam berikutan ancaman wabak influenza A (H1N1) yang melanda beberapa negara. BERNAMA

Artikel Lain