suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakistan layak ke separuh akhir selepas tewaskan India

KUANTAN: Pakistan muncul pasukan pertama mara ke separuh akhir selepas menewaskan India 32 pada Kejohanan Hoki Piala Asia kelapan di Stadium Hoki Wisma Belia di sini semalam. India yang memegang gelaran juara Hoki Piala Sultan Azlan Shah mula membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi Singh Prabhjot hasil dari pukulan sudut penalti.

Bagaimanapun gol penyamaan Pakistan berjaya disempurnakan oleh Khan Haseem menerusi jaringan padang pada minit ke-33. Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula Pakistan yang berkedudukan nombor lapan dunia melebarkan sayap dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-36 menerusi Butt Rehan.

Namun serangan balas yang dibuat pasukan India berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-46 apabila hantaran S. V. Sunil ke hadapan gawang lawan ditolak masuk Singh Sardar.

Saat genting pertemuan antara keduadua pasukan itu terpaksa dihentikan hampir satu jam selepas hujan mulai lebat pada minit ke-47.

Sebaik perlawanan disambung semula misi Pakistan untuk mendapat gol kemenangan diperolehi menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Irfan Muhammad pada minit ke-55.

Kedua-dua pasukan terus menggandakan asakan ke kubu lawan masing-masing namun sehingga ke wisel penamat kedudukan kekal Pakistan 3 India 2. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain