suria

Bekas suami Zarina Anjoulie terkejut dituduh kaki ugut buka aib - “Dia buat IG live ternampak lutut dan paha sikit pun, saya akan tutupkan aurat”

Eilyas akui ada menghantar mesej melafazkan cerai terhadap Zarina di Instagram.

SELEPAS dilempar pelbagai tuduhan kononnya sering mengugut untuk membuka aib bekas isteri yang juga pelakon Zarina Anjoulie, bekas suaminya iaitu Eilyas Azhar tampil mempertahankan diri.

Eilyas bagaimanapun terkejut dengan tuduhan berkenaan kerana menurutnya dia adalah individu yang sedaya upaya cuba menutup maruah bekas isterinya itu ketika mereka masih bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup Zarina Anjoulie jadi kucar-kacir, dakwa bekas suami ugut sebar foto aib - “Sepanjang berkahwin dia suka ambil gambar”

"Saya tak pernah membuat ugutan seperti yang didakwa Zarina. Selepas kami bercerai, memang saya ambil keputusan untuk berdiam diri sebab dah move on... tak pernah terfikir nak post fasal dia lagi.



Paparan skrin laporan polis pertama terhadap Eilyas namun Zarina memadamnya selepas beberapa minit dimuat naik.

"Dekat mana saya aib dan burukkan dia? Sedangkan bila dia buat IG live ternampak lutut dan peha sikit pun, saya akan tutupkan aurat dia demi jaga maruah dia sebagai isteri ketika itu.

"Tak ada siapa nak serabut... saya nak hidup dengan tenang. Buat apa saya nak hidup dalam keadaan serabut macam itu," kata Eilyas ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Pada Sabtu Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul tampil membuat laporan polis kedua terhadap Eilyas selepas mendakwa diugut bekas suaminya itu.

Kali pertama laporan polis dibuat pada bulan lalu selepas Eilyas didakwa menceroboh rumahnya hanya untuk merakam foto aib.

Dalam pada itu, Eilyas atau lebih mesra disapa sebagai Yas sudah menerima panggilan daripada pihak polis yang memintanya untuk hadir memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat Zarina.

Memang benar saya ceraikan dia menerusi Instagram tapi itu pun selepas dia provok saya.

EILYAS AZHAR

BEKAS SUAMI ZARINA ANJOULIE

Bagaimanapun, Eilyas memberitahu dia tidak mengetahui mengenai laporan polis pertama yang dibuat Zarina pada bulan lalu memandang tiada panggilan polis yang diterima.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ya... lebih kurang pukul 2 pagi tadi saya ada terima panggilan daripada pihak polis yang meminta saya untuk hadir ke IPD Nilai bagi memberi keterangan mengenai laporan polis yang dibuat Zarina.

"Hari ini, pukul 3 saya pergi ke sana untuk memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut. Tapi mengenai laporan polis bulan lalu itu memang saya tak tahu apa-apa.

"Kalau betul ada laporan polis, mesti polis akan hubungi saya tapi bulan lalu memang tak apa-apa panggilan daripada pihak polis pun," ujarnya.

Sementara itu, Eilyas juga membuat pengakuan dia ada melafazkan cerai menerusi Instagram seperti yang didakwa namun tindakan tersebut disebabkan provokasi daripada Zarina.



Eilyas hadir ke IPD, Nilai untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat Zarina terhadapnya.

"Memang benar saya ceraikan dia menerusi Instagram tapi itu pun selepas dia provok saya. Sebenarnya saya belum lafaz cerai masa dia post dekat IG umum sudah bercerai kali kedua.

"Kenapa muat naik hanya paparan skrin mesej pendek saya minta transfer duit untuk lafaz cerai? Kenapa tak buat screen record dari awal perbualan kami di mana dia provok saya untuk lafaz cerai?

"Saya ada bukti tapi memikirkan keluarga saya, saya pilih untuk berdiam diri. Tapi sekarang, kalau kes ini masuk mahkamah, kebenaran akan terbongkar," katanya.

Menerusi laporan mStar pada 3 Mei lalu, Zarina mengesahkan dia sudah bercerai dengan Eilyas selepas rujuk buat kali pertama pada 2 awal Mac lalu.

Ia merupakan pengumuman penceraian kali kedua dengan Eilyas kerana pada 27 Januari lalu, Zarina pernah memaklumkan perkahwinan mereka sudah berakhir selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain