suria

Ibu Neelofa sudah jumpa polis, harap netizen boleh bersabar - “Kami siasat secara menyeluruh”

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor(JSJ), SAC Nik Ezanee Mohd Faisal telah memanggil Datin Noor Kartini untuk dirakam kenyataan.

POLIS Selangor merakam kenyataan ibu kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang didakwa mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui akaun media sosialnya baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (JSJ), SAC Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, Noorkartini telah hadir di Ibu Pejabat Polis daerah Shah Alam pada Selasa pagi dan selesai memberikan keterangannya pada pukul 10 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja Noor Kartini mohon maaf, mengaku tersalah buat ‘posting’ pertikai Sultan Johor - “Screenshot untuk rujukan saya sahaja”

Selain Noor Kartini, pihak polis juga akan memanggil saksi lain untuk membantu siasatan berkenaan.

"Kami sedang dalam proses menyelesaikan siasatan sebelum menyerahkan perkara ini kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Selain ibu selebriti itu, pihak kami juga sedang merakam kenyataan daripada pekerjanya.



Noor Kartini buat laporan polis berhubung muat naik di Instagram miliknya pada Ahad

"Saya harap orang ramai dapat bersabar kerana kami sedang menyelidiki masalah ini secara menyeluruh," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sebelum ini, Nik Ezanee memaklumkan bahawa kes itu diambil alih daripada polis Kuala Lumpur setelah mendapati bahawa kejadian itu berlaku di negeri Selangor.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada ahad, keluarga Neelofa menjadi bualan netizen gara-gara perkongsian ibu selebriti itu iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed di Instagram yang dilihat mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Saya harap orang ramai dapat bersabar kerana kami sedang menyelidiki masalah ini secara menyeluruh

SAC Nik Ezanee Mohd Faisal

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (JSJ)

Noor Kartini, 54, mendakwa bahawa dia hanya menyedari tentang masalah tersebut selepas ia menjadi viral di media sosial.

"Saya ingin menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku kerana kecuaian salah seorang kakitangan saya, yang mempunyai akses ke akaun Instagram saya," ujarnya.

Polis Selangor merakan keterangan Noor Kartini berhubung satu hantaran dipercayai dimuat naik oleh pekerjanya, Zulshafiqah (tudung hitam) di Instagram.

Bagaimanapun, susulan isu posting berkenaan, pekerja Noor Kartini iaitu Zulshafiqah Zulkafli telah tampil membuat permohonan maaf dan mengaku bertanggungjawab terhadap kekecohan itu.

Zulshafiqah berkata, tangkap layar (screenshot) itu bertujuan untuk rujukannya tanpa berniat memuat naik di Instagram peribadinya atau akaun ibu kepada selebriti Neelofa itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain