suria

Berita kematian penyampai berita Nightline TV3 palsu, isteri akan kongsi perkembangan Raymond Goh elak salah faham

Keluarga nafikan berita palsu kematian Raymond.

ISTERI kepada penyampai berita Raymond Goh iaitu Faridah Teh menyangkal khabar angin mengatakan suaminya sudah meninggal dunia.

Faridah menerusi kenyataan kepada mStar memberitahu Raymond atau nama Islamnya Mohd Zaman Goh kini masih menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

"Kami ingin memaklumkan berita yang tersebar itu adalah tidak benar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembaca berita ‘Nightline TV3’ Raymond Goh kritikal diserang strok

"Raymond masih hidup dan menerima rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya. Berita palsu ini telah mencuri perhatian dan ramai yang terkejut.

"Sila abaikan sumber yang menyebarkan berita tidak benar ini," jelasnya.

Dalam pada itu, pihak keluarga juga memohon orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang berita tersebar tanpa maklumat sahih.

raymond goh 2

Raymond masih menerima rawatan di hospital.

Pihak keluarga juga akan berkongsi perkembangan terkini Raymond supaya tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan rakan-rakan termasuk mereka yang mengikuti perkembangan penyampai berita Nightline TV3 itu.

"Kami mohon jasa baik semua untuk tidak berkongsi berita palsu, gambar yang yang tidak elok atau kenyataan Raymond sudah meninggal dunia," jelasnya.

Khamis minggu lalu, seorang sahabat yang dikenali sebagai Abdullah Pak Lah memaklumkan Raymond berada di unit rawatan rapi (ICU) susulan

Berita tentang Raymond jatuh sakit turut dimaklumkan oleh rakan penyampai Datuk Ras Adiba Radzi yang juga memohon doa ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain