suria

Ikmal Amry selamat bergelar suami ‘Instafamous’

Ikmal dan Najla selamat bergelar suami isteri selepas tujuh bulan bertunang. Foto: IG @syamilmuhsin.

SELEPAS tujuh bulan mengikat tali pertunangan, pelakon Ikmal Amry selamat melangsungkan pernikahan dengan personaliti media sosial iaitu Najla Shamsul pada pagi, Sabtu.

Pengurus kepada Ikmal iaitu Ben Ali meluahkan rasa syukur majlis berjalan lancar malah mendedahkan aktor berusia 26 tahun itu menitiskan air mata selepas sah bergelar suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar diri tidak hebat berlakon, Ikmal Amry tak berbaju di IG untuk tarik perhatian produksi - “Saya ada bentuk badan yang cantik... itu kelebihan saya“

Menurut Ben lagi, Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali sudah melakukan persiapan lima bulan sebelum majlis pernikahannya.

Lima bulan sebelum nikah dia sudah siapkan semuanya dari segi keperluan dan apa yang perlu dibeli.

BEN ALI

PENGURUS

"Alhamdulillah, majlis hari ini berjalan lancar. Pagi ini hanya membabitkan keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat. Sebelum majlis bermula Ikmal ada cakap dia gementar. Selepas sah dinikahkan, saya tengok dia menangis.

"Ikmal jenis yang sangat relak dan tidak kelam kabut. Lima bulan sebelum nikah dia sudah siapkan semuanya dari segi keperluan dan apa yang perlu dibeli," kata Ben menerusi laporan Harian Metro.

Pada majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Ikmal menyerahkan mas kahwin RM300, wang hantaran RM15,000 serta tujuh dulang hantaran.



Pelakon Farhan Asri dan Harris Anuar antara rakan rapat yang hadir.

Manakala pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Majlis akad nikah tersebut disempurnakan oleh bapa kepada pengantin perempuan iaitu Shamsul Kamar yang turut dihadiri kedua belah keluarga dan rakan rapat.

Difahamkan, majlis persandingan pasangan tersebut akan diadakan di sebelah pihak pengantin lelaki di Melaka pada malam Sabtu.

Sebelum ini, pelakon filem Gantung itu mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya, Najla pada Mei lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain