suria

Pengarah Shuhaimi Lua puji sikap profesional Nadia Brian, masih ceria biarpun berdepan masalah rumah tangga - “Saya kira membantu publisiti”

Shuhaimi (dua dari kiri) puji sikap profesional artis yang tidak membawa masalah ke set penggambaran.

PERGOLAKAN rumah tangga membabitkan pelakon Nadia Brian dan suami Muizz Nasruddin sedikit pun tidak mengganggu kerjaya seni aktres berusia 29 tahun itu.

Nadia yang kini sibuk menjalani penggambaran drama Aku Yang Kau Gelar Isteri untuk siaran slot Samarinda TV3 dilihat bersikap profesional dan tahu membezakan antara kerjaya dan hal peribadi.

Perkara ini didedahkan oleh penerbit dan pengarah drama tersebut iaitu Shuhaimi Lua yang memaklumkan penggambaran berjalan lancar meskipun teraju utamanya itu berdepan ujian rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Shuhaimi Lua arah filem tak kesampaian, produksi tarik diri saat akhir “Modal bayar skrip hangus!”

"Tipulah kalau saya tak tahu apa berlaku! Dia ada bercerita kerana kami memang rapat sejak awal karier dia lagi tapi apa yang saya boleh kata dia tak bawa masalah itu ke set saya, semua pelakon ceria macam biasa, tak nampak lagi mengganggu proses penggambaran.

"Sebenarnya kontroversi rumah tangga Nadia ini dah bermula sejak penggambaran drama Rudy Vs Julie (RTM)... semasa itu dah hangat orang memperkatakan mengenai hal ini.



Shuhaimi ketika di set penggambaran drama Aku Yang Kau Gelar Isteri.

"Namun dia masih mampu jadi profesional semasa berlakon dan tak bawa masalah itu ke lokasi penggambaran. Saya ada bagi nasihat kena berjumpa dan berbincang untuk cari jalan penyelesaian... ada sahaja artis lain yang berdepan masalah rumah tangga tapi pengakhirannya mereka baik-baik sahaja," katanya kepada mStar.

Pada 16 Disember lalu, pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda ini mengesahkan suaminya sudah memfailkan kes perceraian di mahkamah syariah.

Saya terkejut sebab setiap kali mengarah atau menerbitkan drama atau telefilem pasti ada antara pelakon saya terbabit kontroversi!

NADIA BRIAN

PELAKON

Isu membabitkan pasangan ini mula diperkatakan oleh netizen sejak Oktober lalu dan Muizz dilihat lebih lantang berkongsi mengenai permasalahan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, sehingga kini Nadia masih mendiamkan diri daripada media dan hanya meluahkan kekecewaan menerusi laman Instagram.

Nadia dan Muizz mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.



Kontroversi rumah tangga Nadia dan suami jadi perhatian netizen.

Sering bekerjasama dengan pelakon yang dihimpit pelbagai kontroversi, Shuhaimi berkata isu panas membabitkan mereka sama sekali tidak menjejaskan drama arahannya itu.

"Sebenarnya saya terkejut sebab setiap kali mengarah atau menerbitkan drama atau telefilem pasti ada antara pelakon saya terbabit kontroversi... tiba-tiba mereka ada isu atau kontroversi!

"Saya tak pandang dari sudut negatif, saya kira ia membantu dari sudut publisiti kerana drama dan pelakon akan sebutan. Saya okay sahaja asalkan pelakon tak bawa masalah di set!

"Lagipun peminat sekarang dah pandai menilai, mereka fokus dengan karya atau drama dan ketepikan hal peribadi pelakon kerana bagi saya kalau drama itu best mesti mereka akan tengok... jadi pada saya kontroversi yang membabitkan seseorang artis sama sekali tidak menjejaskan sesebuah drama!" ujarnya.

Selain Nadia, drama seram terbitan Tanah Beris Film Production ini turut dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Lana Nodin dan Sharifah Sakinah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Bapa MB Selangor meninggal dunia