suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Suami Tuduh Heidi Klum Curang Dengan Pengawal Peribadi

Seal terkejut dengan selera bekas isterinya.
Seal terkejut dengan selera bekas isterinya.
Seal terkejut dengan selera bekas isterinya.

HUBUNGAN model terkenal Heidi Klum dan Seal yang sebelum ini dilihat baik selepas bercerai tiba-tiba tegang apabila Seal menuduh bekas isterinya itu menjalinkan hubungan sulit dengan pengawal peribadi mereka sehingga menyebabkan rumah tangga mereka musnah.

Seperti dilaporkan Daily Mail, Seal mendakwa Heidi, 39, telah menjalinkan hubungan dengan pengawal peribadinya itu sejak dia diambil bekerja untuk mengiringi model tersebut.

Seal membuat dakwaan itu selepas beberapa keping foto bekas isterinya itu sedang bermesra dengan lelaki berkenaan tersebar di Internet.

Menurutnya lagi, hubungan mereka memang sudah lama berantakan sebelum berpisah lagi dan dia agak terkejut dengan selera bekas isterinya itu.

"Apa yang membuatkan saya kecewa apabila dia (Heidi) melakukan kecurangan itu semasa kami masih suami isteri dan seleranya kepada seorang pengawal peribadi mengejutkan saya.

"Jika benar dia menyukai lelaki itu sekurang-kurangnya tunggulah sehingga kami bercerai," katanya.

Bagaimanapun dakwaan tersebut tidak langsung mengganggu Heidi apabila dia tetap tersenyum apabila paparazi mengambil gambarnya diiringi oleh pengawal peribadinya itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain