suria

Konsert Penutup Tirai Gemuruh Double Trouble Hari Ini

Awie dan Amy ketika menjayakan konsert Double Trouble baru-baru ini.
Awie dan Amy ketika menjayakan konsert Double Trouble baru-baru ini.
Awie dan Amy ketika menjayakan konsert Double Trouble baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Selepas kejayaan Konsert Gemuruh Double Trouble di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 18 Disember lalu dengan kehadiran lebih 7,000 penonton, konsert yang membabitkan kumpulan Search dan Wings itu akan menutup tirai persembahan mereka pada Sabtu di Surf Beach @ Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor.

Konsert yang dianjurkan oleh RYE Productions dan DiGi Telecommunications itu telah mencatatkan rekod bilangan penonton yang luar biasa dan ramai yang melahirkan rasa kecewa apabila gagal menonton persembahan DT di tiga buah lokasi sebelum ini.

Dalam pada itu, Search dan Wings merupakan dua kumpulan rock pertama tempatan yang diberi peluang mengadakan konsert di Surf Beach @ Sunway Lagoon dengan rangkaian lagu-lagu popular mereka yang telah menjadi pujaan peminat sejak sekian lama.

Persembahan selama dua setengah jam itu akan diiringi dengan ‘assemble string’ profesional sebagai tanda persembahan penutup tirai 2010.

Tidak ketinggalan sebagai tanda penghormatan untuk Search & Wings, Azlan Typewriter, Hillary Ang dan Sham Wings akan bergabung dan membuat persembahan pembukaan pada hari tersebut.

Search pastinya tidak akan ketinggalan melagukan lagu-lagu hebat mereka yang malar segar seperti Gadisku, Issabella, Pawana, Pelesit Kota,Rozana, Meniti Titian Usang dan banyak lagi.

Sementara Wings pula pastinya tidak akan menghampakan peminat mereka dengan lagu-lagu popular seperti Misteri Mimpi Syakilla, Bujang Senang, Opera Hidup, Sejati dan banyak lagi.

Tidak dilupakan gabungan mantap mereka menerusi lagu Gemuruh iaitu lagu tema buat peminat Double Trouble yang telah melayakkan mereka menerima anugerah platinum berkembar atas kejayaan album tersebut yang telah terjual sebanyak 180,000 unit sekitar tahun 1992.

Tiket-tiket Konsert Gemuruh DT ini boleh didapati pada harga RM70 dan sebagai penghargaan dan tanda terima kasih pihak penganjur untuk peminat-peminat, istimewa untuk mereka yang membeli empat (4) tiket akan memperolehi satu tiket percuma.

Tidak terkecuali, sebagai penaja rasmi Konsert Gemuruh DT ini, DIGI juga menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus untuk 3,000 keping tiket yang akan dijual pada harga RM49 sahaja dan setiap pembelian untuk dua tiket akan memperolehi satu tiket percuma (tertakluk kepada terma dan syarat-syarat).

Untuk memudahkan dan member kesenangan kepada peminat peminat serata ibu kata, beberapa kaunter tambahan jualan tiket akan dibuka seperti dibawah :

Jualan tiket masih lagi dibuka bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang di Pintu Masuk Sunway Lagoon, Stesen LRT Putra KL Sentral, Masjid Jamek danKelana Jaya serta LRT Star Bandar Tasik Selatan, Ampang dan Bukit Jalil.

Artikel Sebelum

Artikel Lain