suria

Gately bebas dadah sewaktu meninggal

Stephen Gately meninggal dunia semasa bercuti di Sepanyol baru-baru ini. -Foto AP
Stephen Gately meninggal dunia semasa bercuti di Sepanyol baru-baru ini. -Foto AP
Stephen Gately meninggal dunia semasa bercuti di Sepanyol baru-baru ini. -Foto AP

LAPORAN toksikologi membuktikan bahawa ahli kumpulan Boyzone, Stephen Gately bebas daripada dadah pada malam dia ditemui mati.

Penyanyi itu dijumpai mati ketika sedang bercuti di Sepanyol setelah tersedak ketika muntah pada 10 Oktober lalu.

Menurut laporan sebuah laman web, kematian mengejut Gately, 33, telah membuatkan penyiasat turut memeriksa sama ada wujudnya pengambilan dadah sehingga menyebabkan kematiannya.

Difahamkan, kesan kanabis turut dijumpai tetapi hanya sedikit, yang mana berdasarkan laporan, ia mungkin diambil beberapa hari sebelum Gately bercuti di Majorca.

Keputusan laporan toksikologi akan diumumkan secara rasminya tidak lama lagi.

Artikel Berikut

Artikel Lain