suria

Raffi Ahmad sediakan RM58,000 untuk duit belanja isteri setiap bulan

Raffi dan isteri bakal menyambut kehadiran cahaya mata kedua tidak lama lagi.

PENGACARA dan pelakon Raffi Ahmad mendedahkan dia memberikan duit belanja berjumlah 200 juta rupiah atau lebih RM58,000 kepada isterinya iaitu Nagita Slavina setiap bulan.

Memetik laporan Liputan6, Raffi juga membenarkan isterinya yang sedang hamil cahaya mata kedua itu untuk mengendali bayaran yang diterima daripada YouTube.

"Saya beri duit belanja dekat Nagita dalam 50 juta rupiah, tiga kad kredit yang setiap kad itu ada 50 juta rupiah juga... jadi, keseluruhan 200 juta rupiah la.

"Nagita juga yang kendali duit yang saya terima daripada YouTube. Selalunya, kalau saya nak beli apa-apa, saya pakai duit saya sendiri," kata Raffi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Raffi berkongsi perkara tersebut ketika meluangkan masa bersama Andrey Taulany menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

Untuk rekod, Raffi mengumumkan bahawa isterinya sedang hamil anak kedua selepas enam tahun menanti sekitar April lalu.

Raffi mendirikan rumah tangga dengan Nagita pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia enam tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain