suria

Xiumin (EXO) positif Covid-19, ahli lain terpaksa kuarantin kendiri

Xiumin lakukan ujian calitan selepas berasakan diri kurang sihat.

MALANG tidak berbau apabila anggota kumpulan EXO iaitu Xiumin disahkan positif Covid-19 pada Khamis biarpun sebelum ini keputusan ujian calitannya pada 29 Julai lalu negatif.

Menerusi kenyataan rasmi SM Entertainment, Xiumin mengambil keputusan untuk membuat ujian calitan sekali lagi pada Rabu selepas berdepan dengan masalah kesihatan.

Selain Xiumin, semua ahli kumpulan EXO serta rakan petugas yang terlibat dalam sesi latihan muzikal Hadestown turut melakukan ujian calitan dan masih menunggu keputusan.

"Xiumin disahkan positif Covid-19 hari ini. Pada 29 Julai lalu, Xiumin sudah menerima keputusan ujian calitan untuk sesi latihan muzikalnya dan ia negatif.

"Bagaimanapun, dia sekali lagi membuat ujian calitan pada Rabu selepas mengalami beberapa simptom perubahan kesihatannya dan hari ini disahkan positif.

Exo 1

Ahli EXO yang lain turut melakukan ujian calitan dan masih menunggu keputusan.

"Semua ahli kumpulan EXO dan rakan petugas yang terlibat juga sudah melakukan ujian calitan dan mereka kini sedang menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu keputusan," tulis kenyataan tersebut.

Selain Xiumin, EXO turut dianggotai lapan ahli lagi iaitu Suho, Lay, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O., Kai and Sehun.

Dalam pada itu, agensi tersebut juga memberitahu semua aktiviti Xiumin serta merta diubah mengikut keadaan kesihatan penyanyi tersebut.

"Jadual untuk semua aktiviti Xiumin terpaksa diubah serta merta mengikut nasihat pihak kesihatan dan kami akan mencuba sebaik yang mungkin untuk memastikan artis cepat sembuh.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pihak kami memohon maaf kerana membuatkan ramai orang bimbang dan kami akan lakukan yang terbaik untuk kesihatan dan keselamatan artis kami serta pekerja mengikut arahan kesihatan yang ditetapkan," katanya.

Sumber - Soompi

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain