suria

John Corbett dan Bo Derek dedah rahsia, sudah kahwin senyap-senyap Disember lalu

John mula bercinta dengan Bo sejak 2002.

LAPAN bulan menyimpan rahsia akhirnya pelakon John Corbett mendedahkan bahawa dia dan aktres Bo Derek sudah berkahwin dalam diam pada Krismas, Disember tahun lalu.

Memetik laporan Hollywoodlife, John berkongsi berita gembira itu ketika membuat kemunculan dalam program yang dikendali pengacara Jerry O'Connell berjudul The Talk baru-baru ini.

"Jerry, saya tak percaya yang saya lupa untuk beritahu anda yang sekitar Krismas lalu, kami sudah berkahwin. Bo dan saya akhirnya berkahwin!" kongsi John.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, John memberitahu dia dan isterinya lebih memilih untuk menjaga pravasi apabila melibatkan kehidupan peribadi namun rakan-rakan serta keluarga mengetahui mengenai perkahwinan mereka.

"Anda pun tahu, kami adalah orang yang sukakan privasi. Kami tidak membuat sebarang pengumuman. Semua rakan dan keluarga mengetahui tapi ini kali pertama kami kongsi kepada umum.

"Sebelum ini, kami tidak mempunyai kesempatan untuk kongsikan perkara ini," ujarnya lagi.

Untuk rekod, pelakon filem The Sex And The City itu mula menjalinkan hubungan cinta dengan Bo Derek pada 2002.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain