suria

Ryan Reynolds dan Blake Lively rai ‘anniversary’ ke-10 di restoran pertama kali keluar ‘dating’

Ryan Reynold dan Blake Lively kembali ke restoran kali pertama keluar dating.

PASANGAN romantis, Ryan Reynolds dan Blake Lively meraikan ulang tahun ke-10 mereka bersama dengan menikmati sajian di restoran pertama mereka keluar bertemu janji.

Ryan, 45, dan Blake, 34, menghabiskan masa bersama dengan mengulangi semula memori manis perkenalan mereka di sebuah restoran sushi, O Ya yang terletak di Boston, Amerika Syarikat pada hujung minggu lalu.

"Jika bukan disebabkan restoran ini, kami tidak akan bersama... ini cerita betul. Restoran ini menyimpan 1001 kenangan manis kami," kata Blake di Instagram Story.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Ryan turut memuat naik gambar temu janji mereka itu dengan menulis kapsyen, "Menikmati hidangan di restoran kegemaran kami bersama orang kesayangan keempat dia (Blake)".

Ryan merujuk kepada tiga orang anak perempuan mereka sepanjang sembilan tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini berkenalan pada awal tahun 2010 ketika sama-sama membintangi filem Green Lantern dan kemudiannya mula bercinta setahun selepas itu.

Mereka kemudiannya berkahwin pada 9 September 2012 di Mount Pleasant, Carolina Selatan. - CNN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain