suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelar diri 'janda miskin' Tamara Bleszynski rimas dilamar lelaki di Instagram

Tamara Bleszynski minta agar semua lelaki yang DM untuk berhenti menggangunya,

PELAKON Indonesia Tamara Bleszynski mendedahkan menerima banyak mesej peribadi (DM) daripada lelaki yang berhajat melamarnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Tamara meminta agar lelaki-lelaki tersebut berhenti berbuat demikian.

"Sudah..sudah, berhenti ingin melamarku melaui pesanan langsung (DM)," tulisnya.

tamaraa

Perkongsian Tamara di Instagram miliknya.

Menurut Tamara dia sudah cukup lama hidup bersendirian tanpa suami dan tidak berniat untuk berkahwin lagi.

Tambahnya dalam posting sama, dia juga menggelarkan dirinya sebagai 'janda miskin' kerana selalu menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Aku ini sekejap lagi akan bergelar janda miskin sebab selalu memberi (menonolong orang).

"Tapi yang penting bukan miskin untuk memberi semangat. Masih mahu dengan saya?," tulisnya berseloroh.

Tamara Bleszynski pernah berkahwin dengan Teuku Rafly pada 1997 kemudian bercerai pada 2007.

Dia kemudian berkahwin dengan Mike Lewis pada 2010 dan sekali lagi bercerai selepas dua tahun bersama.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain