suria

Tragedi Ramadan! Anjing punya hal, wanita cium jalan tar sampai terkoyak bibir - “Tak sedap hati, saya keluar juga”

Sarah mengalami kecederaan selepas dikejar dua ekor anjing liar ketika pulang bekerja.

MALANG tidak berbau.

Begitulah nasib menimpa seorang wanita dikenali sebagai Sarah, 29, apabila dia cedera selepas dikejar dua ekor anjing liar di Ampang, Selangor, pada Jumaat petang.

Ketika dihubungi mStar, Sarah berkata dia dikejar dua anjing berkenaan ketika sedang berjalan kaki dari tempat letak kereta untuk naik ke blok kediamannya.

sarah2

Sarah berkongsi tentang kejadian itu menerusi laman Twitter.

"Saya menetap di apartment kos rendah. Ada lot parking terbuka di kawasan depan dan belakang. Dalam bulan puasa ni, agak susah untuk dapat parking di kawasan depan sebab ramai orang balik nak berbuka.

"Jadi saya letakkan kereta di lot belakang rumah selepas pulang dari pejabat. Saya park macam biasa. Walaupun tak sedap hati, saya tetap keluar, kunci kereta dan berjalan macam biasa.

"Tiba-tiba saya nampak dua ekor anjing. Saya pandang anjing, anjing pun pandang saya. Lepas tu saya lari, anjing terus kejar. Saya lari macam orang tak cukup tanah," ujarnya memulakan cerita.

Saya tiada masalah dengan anjing. Tapi kalau kena kejar, kena gigit, ini dah lain cerita.

SARAH

Menurut Sarah, dia yang terjatuh ketika sedang melarikan diri mengalami kecederaan pada bahagian muka, kaki dan tangan.

Namun, Sarah bersyukur kerana dibantu seorang individu, sekali gus mengelakkannya daripada digigit oleh dua ekor anjing berkenaan.

"Sebelum ini saya pernah kena kejar, tapi sempat masuk blok. Kali ini, jarak saya masih jauh dengan blok. Saya jatuh ketika lari, tersembam atas jalan tar.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bukan pencinta haiwan’ terpaksa layan anjing tak bertuan tapi ‘kerek’... akhirnya mesra siap tumpang tidur rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Anjing jalanan jadi kawan! Lain macam selera, setiap hari kena jamu roti sapu butter - “Beli barang dapur, tak pernah lupa mereka”

"Selain cedera muka, kaki dan tangan, bibir saya juga koyak sampai dalam. Mujurlah saya tak kena gigit, cuma cedera akibat jatuh. Masa tu ada orang kejar balik anjing tu," ceritanya lagi.

Sarah yang trauma dengan kejadian itu turut berkongsi foto serta video, memaparkan kecederaan yang dialaminya menerusi laman Twitter.

Menurut Sarah, dia sekadar mahu berkongsi pengalaman dan mahu menyeru pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan tanggungjawab mereka agar kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang.

"Tujuan saya kongsi di Twitter untuk menyedarkan masyarakat bahawa ada anjing baik dan ada juga anjing yang perlu ditangkap kerana membahayakan orang ramai.

file7lutm01c9wjes73jn88

Individu yang pernah dikejar anjing pastinya trauma dengan apa yang berlaku. (Gambar Hiasan)

"Saya okay dengan anjing domestik, anjing belaan di rumah. Tapi anjing jalanan saya takut. Saya nak elak orang lain kena benda sama. Di kawasan rumah saya, adik-adik saya pernah kena kejar. Orang lain pun pernah kena kejar.

"Saya harap pihak berkuasa dapat ambil tindakan. Jangan biarkan anjing liar, takut ada kes lain lagi. Buatlah sesuatu," ujar Sarah lagi.

Menerusi posting tular di Twitter itu, ramai netizen mendoakan agar Sarah diberi kesembuhan segera, namun ada juga individu yang menempelak mesej yang cuba disampaikan olehnya.

"Rata-rata netizen doakan saya cepat sembuh. Tapi ada seorang mat salih, dia pertikaikan perkongsian saya di Twitter. Dia kata, kenapa nak hapuskan anjing liar? Dia kata tak adil, sebab anjing pun makhluk ciptaan tuhan.

"Saya tiada masalah dengan anjing. Tapi kalau kena kejar, kena gigit, ini dah lain cerita," tegasnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain