suria

Naik lif dengan famili, tekan butang semua tingkat kemudian terkinja menari - “Kaum keluarga pun sama acuan”

Tindakan pemuda ini mengundang kecaman netizen di media sosial.

APABILA hidup dalam komuniti berjiran, kita seharusnya menjaga adab dan tingkah laku agar tidak menyusahkan orang lain.

Terbaharu, tindakan seorang pemuda yang didakwa sengaja menekan setiap butang di dalam lif mengundang kecaman ramai sehingga dia dituduh sebagai perosak harta awam.

"Lelaki memakai hoodie tekan semua butang setiap tingkat disaksikan kaum keluarga. Lif berhenti di setiap tingkat.

perosak2

Tangkap layar CCTV yang tersebar di Twitter.

"Ia menyebabkan lif kerap rosak dan menyusahkan residen lain khususnya pelajar sekolah, kanak-kanak, orang bekerja mahupun warga emas. Lokasi Alam Damai, Cheras," tulis pengendali Twitter Malaysia Most Viral.

Menerusi video tular itu, pelaku dilihat menaiki lif bersama keluarganya.

Dah bermisai, berjanggut. Perangai macam budak umur dua tahun.

NETIZEN

Biarpun menyedari tindakannya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV), pemuda itu selamba mengangkat dua jari untuk membuat simbol 'peace' sambil menari terkinja-kinja di hadapan keluarganya.

"Perangai mu****t yang wujud dalam kawasan perumahan berkomuniti begini. Spesis minda ce***a. Penting diri sendiri dan suka menyusahkan dan merosakkan harta awam. Sampah masyarakat. Kaum keluarga pun sama acuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ‘reject’ lelaki B40, hanya pandang harta jejaka kaya... Rupanya enggan hidup susah selepas usaha keras bina kerjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Macam lepak tepi pantai! Sekeluarga bentang tikar di airport, siap angkut periuk nasi... B40 rancak berkelah cedok lauk dikecam netizen

"Hidup dalam bermasyarakat mohonlah jaga perangai dan perbuatan. Bukan anda sahaja yang hidup dan tinggal di kawasan tu.

"Dibuatnya ada kes kecemasan dan perlukan lif bergerak cepat tapi dah menjadi lambat disebabkan perbuatan la***at ni, dah menyusahkan orang lain," tulis pengendali Twitter itu lagi.

Video berkenaan bukan sahaja menerima lebih 170,000 tontonan, malah turut dihujani dengan kecaman netizen, termasuklah yang menyamakan tindakannya seperti haiwan.

perosak4

Lif yang rosak sering menjadi igauan penduduk, khsuusnya pada waktu puncak. (Gambar Hiasan)

"Dah bermisai, berjanggut. Perangai macam budak umur dua tahun.

"Lepas tu mereka complaint lif rosak tak pernah baiki? Padahal dia yang menjahanamkan.

""Macam monyet tak pernah naik lif," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain