suria

Sekujur tubuh terbaring meraung sakit di parkir, ingatkan mabuk... Tak mampu cakap, hanya tunjuk kesan bedah di belakang

Seorang lelaki meraung kesakitan di kawasan parkir sebuah kondominium kira-kira pukul 5 pagi.

SIAPA yang tidak gelabah apabila terdengar suara orang meraung ketika pulang ke rumah pada awal pagi.

Bagi pemuda ini, dia berdepan detik cemas apabila menyaksikan seorang lelaki yang secara tiba-tiba jatuh terbaring di kawasan parkir di kediamannya, dipercayai di sebuah kondominium.

Dalam keadaan begitu, pastinya timbul 1,001 persoalan mengenai lelaki yang sedang meraung itu, dengan topi keledar miliknya berada berdekatan.

meraung 5 pagi 4

Lelaki ini hanya terbaring dan meraung kesakitan.

"Pagi tadi aku on the way nak naik rumah, ada seorang brother ni tiba-tiba jatuh depan aku selepas tu meraung. Aku fikirkan dia mabuk ke apa, iyalah pukul 5 pagi.

"Rupanya meraung kesakitan sebab kena slipped disc. Sebelum ni dia pernah operate, tapi kali ni dia kena balik lepas turun dari motor, memang meraunglah," katanya.

Menerusi perkongsian video di laman sosial, pemuda itu segera menghubungi panggilan kecemasan bagi mendapatkan ambulans untuk membawa lelaki yang sakit itu ke hospital.

meraung 5 pagi 3

Pemuda berkenaan menunggu sehingga ketibaan ambulans.

Walaupun dalam keadaan gementar, dia cuba meminta lelaki berkenaan untuk tenang sebelum memanggil pengawal keselamatan sementara menunggu ketibaan ambulans.

"Alhamdulillah, ambulans pun sampai dengan pantas memberi bantuan dan bawa brother tu terus ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam klip video berdurasi 49 saat itu.

Jangan terlalu buruk sangka pada semua keadaan. Pegang tiga B... berhenti, bertanya dan bantu.

PEMUDA

Susulan videonya yang tular di TikTok, pemuda berkenaan tampil memberi penjelasan lanjut berhubung kejadian yang berlaku pada Selasa.

"Macam aku... berpegang pada tiga 'B' iaitu berhenti, bertanya, bantu. Kalau kau rasa tak boleh nak bantu, kau minta orang lain bantu.

"Aku nampak dia terbaring, meraung kesakitan. Aku pergi dekat dia, yang pertama aku bau dulu dia ni ada pengaruh alkohol ke tak. Jadi, dia bukan mabuk," katanya.

meraung 5 pagi 2

Pegawai perubatan melakukan pemeriksaan sebelum membawa mangsa ke hospital.

Menurut pemuda itu, mangsa tidak menjawab pertanyaannya dan hanya meraung kesakitan sehingga menunjukkan kesan pembedahan di belakang badannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menangis dimaklumkan suami kemalangan, sukar percaya ada seorang manusia baik sanggup bantu dari A-Z tanpa diminta

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri sanggup gadai nyawa bantu sahabat parah kemalangan disangka pencuri, "Cepat nanti tak pasal-pasal kena langgar lori laju"

"Aku tanya slipped disc ke, dia cakap ya. Aku tahu macam mana rasa slipped disc sebab aku pernah kena, tapi mungkin tahap yang rendah. Tapi itupun aku tak bernyawa aku rasa.

"Aku menggelabah, jadi aku terus call ambulans. Aku panggil sekuriti untuk bantu dan teman aku. Apabila sekuriti datang, aku minta izin owner dan bersaksikan sekuriti untuk buka dompet dia, untuk dapatkan butiran alamat dia.

"Apabila dah dapat, aku minta sekuriti panggil keluarga dia. Tapi tak ada, mangsa ni memang tinggal seorang," ujarnya yang menunggu sehingga ketibaan ambulans yang kemudian membawa mangsa ke hospital untuk menerima rawatan.

meraung 5 pagi 5

Antara komen netizen.

Sehubungan itu, dia meminta semua pihak tidak terlalu bersangka buruk dalam semua situasi kerana sesetengah orang mungkin dalam kecemasan dan memerlukan bantuan.

"Anda semua jangan terlalu buruk sangka pada semua keadaan. Jadi ingatlah, pegang tiga 'B' iaitu berhenti, bertanya dan bantu," katanya menerusi akaun TikTok @bohjankl.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai slipped disc atau sakit cakera tulang belakang teranjak atau tergelincir.

"Mujurlah kebetulan terjumpa dia, sakitnya dia mesti tak tertahan sampai menangis macam tu. Tolak tepi dah malu semua tu, terima kasih bantu adik tu.

"Aku kena slipped disc. Sakit ya amat, duduk sakit, baring sakit. Serba tak kena. Syukur dah pulih walau bukan 100 peratus.

"Memang sakit kena slipped disc, dah pernah kena sampai pengsan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain