suria

Tengah asyik kunyah tiba-tiba rasa ngilu dalam mulut... Rupanya wanita ini makan nugget ayam inti dawai besi

Dawai besi didakwa ditemukan dalam nugget ayam.

HAMPIR setiap hari kita 'dihidangkan' dengan kisah penemuan benda asing dalam makanan.

Paling menjadi kebimbangan sekiranya penemuan itu mengundang risiko dan bahaya sekiranya seseorang itu termakan tanpa sedar.

Menerusi perkongsian di grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official, seorang wanita dikenali sebagai Izwani menceritakan pengalaman buruk ketika berkunjung di sebuah premis makanan tidak dinyatakan lokasi.

Wanita kongsi foto dawai besi dijumpai dalam tempura dimakan.

Apa yang mengejutkannya adalah ketika wanita ini sedang asyik menikmati pesanan nugget ayam goreng, dia mendakwa menemukan objek asing di dalam makanannya.

Setelah dikeluarkan dari mulut, pelanggan ini mengambil beberapa keping foto objek tersebut yang masih terlekat dengan isi nugget.

Dakwa Izwani, ia merupakan dawai berukuran kira-kira dua inci.

“Ini bukan kes masak tak jadi. Ni kes makan tak jadi! Petang semalam lepak-lepak minum dekat satu tempat ni, order la nugget.

ARTIKEL BERKAITAN: Beli pulut panggang dapat free 2 papan dawai kokot! Pelanggan kecewa peniaga buat tak acuh, minta maaf pun tidak

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik restoran ‘siasat’ kenapa sambalnya rasa pelik, tunjuk bukti penemuan ‘benda’ dalam belacan - “Macam pasir di pantai”

“Biasalah kita cicah sos terus masuk mulut. Masuk nugget ketiga atau empat, aku rasa kunyah benda keras. Ngilu macam besi," ujarnya.

Menurutnya lagi, dia juga membuat aduan pada pekerja di kedai tersebut tentang hal itu.

Namun pada masa sama Izwani menegaskan ia bukanlah salah kedai berkenaan kerana nugget yang digoreng itu diambil dari dalam bungkusan yang dikilangkan.

nugget ayam

Wanita ini menunjukkan bungkusan tempura ayam digunakan.

“Subhanallah... itu dawai besi apa entah. Mengadu kepada pekerja kedai, memang bukan salah kedai,” tulis Izwani di perkongsian tersebut

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-rata terkejut dengan penemuan itu.

Komen netizen pada hantaran asal.

“Hubungi bahagian khidmat pelanggan untuk buat aduan. Pernah beli daging burger ada besi. Mereka datang check dan sahkan ia memang besi daripada mesin mereka. Mereka siap bawa cenderahati dan minta maaf.

“Buat aduan dekat nombor tertera di plastik. Nanti syarikat akan hentikan jualan untuk kumpulan bungkusan nugget tu,” tulis seorang lagi netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain