suria

‘Kayu’ buat reviu makanan, nyanyi pun sumbang... TikToker syukur tetap popular, dianggap penghibur masyarakat

Ariff popular dengan video reviu makanan yang bersahaja dan spontan di aplikasi TikTok.

KEMUNCULAN seorang remaja lelaki dikenali sebagai Ariff Akbar menerusi aplikasi TikTok ternyata mencuri perhatian netizen.

Biarpun kelihatan kaku setiap kali membuat reviu makanan, karakter bersahaja dan spontannya itu menyebabkan dia meraih populariti tersendiri dalam tempoh yang singkat.

Bercakap kepada mStar, Ariff yang berasal dari Sungai Petani, Kedah mengakui tidak menyangka penangan video tular menyebabkan dirinya kini semakin dikenali ramai.

"Saya mula aktif di TikTok pada 2020. Saya mula buat reviu makanan atas cadangan kawan. Tiba-tiba ia blow up. Sekarang, ramai yang direct message (DM) minta saya buat reviu kedai mereka.

"Memang rezeki, padahal saya buat suka-suka je. Biasanya kawan yang akan rakam video, selepas itu saya akan buat voice over pula. Sejujurnya saya tidak malu nak buat video, saya memang ada keyakinan dalam diri.

"Alhamdulillah sekarang saya dibayar untuk reviu makanan. Tak sangka ada rezeki dengan cara ini. Saya juga ada dapat tawaran untuk buat reviu benda lain, tapi saya nak fokus makanan dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu sangat special” - Bob bikin kejutan lagi... video cover lagu dikongsi Melly Goeslaw, jejaka Sarawak rasa nak menjerit macam tarzan!

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tertipu, suara anak Kelantan ini sebenarnya padu... hanya acah-acah bersuara sumbang - “Dulu ada tak suka saya ‘perform’ sebab gemuk”

"Baru-baru ini saya datang buat reviu makanan di Kuala Lumpur. Ada juga dapat jemputan dari Selangor dan Kelantan, tapi saya nak fokus yang dekat-dekat dulu," ujar anak ketiga daripada lima beradik itu.

Selain reviu makanan, video-video nyanyian Ariff yang dianggap sumbang turut tular sehingga meraih ratusan ribu tontonan menerusi TikTok.

Namun begitu, ramai netizen tetap memberikan sokongan dan menganggap Ariff sebagai penghibur masyarakat menerusi laman TikTok.

ariff2

Video nyanyian remaja ini sering tular di aplikasi TikTok sehingga dia dianggap sebagai penghibur masyarakat.

Jelas Ariff, dia memang meminati bidang seni dan merancang untuk melebarkan sayap dalam pelbagai bidang seandainya tertulis rezeki buatnya pada masa akan datang.

"Hobi saya menyanyi. Saya suka Datuk Seri Siti Nurhaliza, Iman Troye, Ella, Taylor Swift, Jojie dan Beyonce.

"Bila orang komen suara saya sumbang dan tak sedap, saya tak kisah. Saya cuma nak hiburkan mereka. Bila baca komen, saya abaikan saja. Dulu pernah rasa nak berhenti, tapi kawan-kawan bagi motivasi untuk teruskan.

Saya sebenarnya seorang yang pemalu, dalam TikTok nampak macam peramah.

ARIFF

"Walaupun video kena bahan, ramai juga yang berikan sokongan. Saya terima semua komen dan ambil ia sebagai pembakar semangat.

"Kalau ada rezeki, saya nak jadi wartawan atau pengacara program makan-makan. Saya banyak cita-cita, nak jadi penyanyi, pelakon, pengacara, kabin kru. Saya juga ada merancang untuk masuk kelas vokal, sebab tahu suara saya kurang bagus.

"Tapi sekarang saya fokus jadi content creator dulu. YouTube belum ada, tapi InsyaAllah mungkin akan jadi YouTuber selepas ini, teringin juga nak cuba bidang lain," ujarnya lagi.

ariff3

Ariff merupakan content creator yang berasal dari Kedah.

Populariti yang diraih turut menyebabkan Ariff menjadi tumpuan orang ramai sehingga ada yang mahu bergambar dengannya.

Kata Ariff, dia sama sekali tidak menyangka akan meraih populariti menerusi TikTok, namun menganggap ia sebagai satu rezeki buatnya.

"Saya sebenarnya seorang yang pemalu, dalam TikTok nampak macam peramah. Sekarang bila orang kenal, saya hanya mampu bersyukur. Sebab saya memang tak sangka orang akan kenal.

"Ada orang datang tegur, minta bergambar, minta autograf pun ada. Saya bersyukur sebab impian memang nak jadi famous. Alhamdulillah," ujarnya yang memiliki lebih 17,000 pengikut dan meraih lebih sejuta tanda suka (likes) di aplikasi TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain