suria

Jangan tertipu, suara anak Kelantan ini sebenarnya padu... hanya acah-acah bersuara sumbang - “Dulu ada tak suka saya ‘perform’ sebab gemuk”

Tangkapan skrin video menunjukkan Daniel (kanan) berpura-pura menyanyi dengan suara sumbang. (gambar kecil) Daniel minat menyanyi sejak di bangku sekolah.

RAMAI yang suka menyanyi, malah menjadikannya sebagai hobi tak kiralah suaranya sedap didengar mahupun sumbang.

Seperti seorang anak muda ini, walaupun sering berkongsi video menyanyi pelbagai lagu di laman sosial, namun masih ada yang keliru dengan suara sebenarnya.

Semuanya gara-gara sebuah klip video yang dimuat naik menunjukkan dirinya bersuara sumbang menyanyikan sebuah lagu, diiringi seorang rakan yang bermain gitar.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya guna suara kepit" - 'Abang misai bersuara Tok Ti' nyanyi di pasar malam selepas dipujuk rakan... alamak ramai sudah keliru!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar OKU nyanyi lagu tema 7 Hari Mencintaiku 2 dapat 'tepukan gemuruh' Tok Ti - "Dia geram dengan watak jadi kebencian"

Pemuda berkenaan, Ahmad Daniel Ikhwan Samsuri memberitahu, dia meminati bidang nyanyian sejak di bangku sekolah, malah pernah menyertai pertandingan nasyid.



Daniel (kiri) sering meluangkan masa dengan menyanyi bersama rakan.

Anak muda berusia 20 tahun itu berkata, menerusi video tersebut, dia menyanyikan lagu bertajuk Mungkin Hari Ini Esok atau Nanti daripada penyanyi Indonesia iaitu Anneth.

"Video tersebut sebenarnya sekadar suka-suka bagi menyahut cabaran beberapa pengikut saya di laman Instagram yang meminta saya untuk menyanyikan lagu secara sumbang.

"Nyanyian sumbang itu hanyalah sebahagian daripada keseluruhan video, kerana selepas itu saya menyanyikan lagu itu menggunakan suara saya yang sebenar," katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Daniel, katanya, terdapat segelintir pihak yang tidak menonton keseluruhan video meskipun telah dinyatakan untuk berbuat demikian menerusi kapsyen.



Daniel (kiri) bersama seorang rakan ketika di sekolah menengah.

"Mereka tak habis dengar sebab separuh pertama video tersebut dah sumbang. Sampai ada yang sanggup DM (mesej secara langsung) mempersoalkan kenapa saya nyanyi sumbang.

"Kata mereka lagi... kalau dah tahu suara sumbang, kenapa masih nak menyanyi, buat video dan kongsi di Instagram. Saya tak melatah sebab mungkin mereka belum pernah tengok video-video nyanyian saya yang lain," ujarnya.

Walaupun gemuk, teruskanlah minat menyanyi. Tapi kalau nak amalkan gaya hidup sihat yang boleh buat badan kurus, kenapa tidak?

AHMAD DANIEL IKHWAN SAMSURI

Menurut anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, dia cabaran paling hebat dalam hidupnya adalah sewaktu di bangku sekolah disebabkan mengalami obesiti.

"Dulu saya gemuk di sekolah, berat pernah capai lebih 90 kilogram (kg). Ada rakan sekelas yang tak suka saya 'perform' buat persembahan di sekolah sebab saya gemuk.

"Bagaimanapun, saya tak ambil peduli orang kata tentang badan saya dan masih menyanyi meskipun berbadan besar," kata anak keempat daripada empat beradik itu.



Daniel yang dahulu (kiri) dan terkini.

Tambah Daniel, dia mula mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

"Saya mula mengurangkan berat badan semasa PKP sebab ada banyak masa di rumah ketika itu. Saya menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan gula dan minyak.

"Selagi ada aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh saya buat seperti joging dan berlari. Dalam tempoh lebih dua bulan dari bulan Mei hingga Julai, berat badan saya menurun kepada 58kg dan kekal sehingga kini," katanya yang turut aktif bermain futsal.



Daniel bercita-cita untuk menjadi penyanyi.

Daniel yang bekerja sebagai barista itu berkata, dia mengurangkan berat badan untuk menjadi lebih yakin dan bukannya disebabkan kutukan terhadapnya sebelum ini.

"Walaupun gemuk, teruskanlah minat menyanyi sama seperti yang saya lakukan dulu. Tapi kalau nak amalkan gaya hidup sihat yang boleh buat badan kurus, kenapa tidak?

"Saya memang minat menyanyi dan bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi seperti jdola saya, Haqiem Rusli," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain