suria

Dugaan video tugasan di rumah ketika PKP, ada pula kelibat merangkak belakang sofa – “3 minit pertama sakit, esoknya ‘cramp’ macam buat plank”

Tangkapan skrin video Khadijah melakukan tugasan renang di dalam rumah. (gambar kecil) Khadijah (tengah) bersama dua sepupunya.

MACAM-macam dugaan yang dihadapi pelajar ketika melakukan tugasan yang diberikan pensyarah dalam keadaan norma baharu.

Ini termasuklah seorang pelajar yang tekun melakukan tugasan dengan aksinya seperti berenang di atas kerusi di sebuah ruang tamu rumah.

Menerusi sebuah video tugasan pelajar berkenaan yang menjadi tular, dapat dilihat kelibat dua kanak-kanak yang merangkak di belakang sofa selepas masuk ke rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar tak merungut siapkan tugasan... bersenam di mana saja, termasuk di wad Covid-19! - "Pensyarah dah beri pelepasan"

ARTIKEL BERKAITAN: Buat tugasan video pandemik dan pensyarah bagi 5 bintang, pelajar luah rasa takut fikirkan masa depan - "Apa akan jadi pada saya, kawan-kawan lain?"

Pelajar berkenaan, Khadijah Najwa Latfy Anuar berkata, kejadian berlaku pada waktu malam di rumahnya ketika melakukan tugasan yang diberikan pensyarah bagi subjek renang.



Selain sukan renang, Khadijah aktif bermain tenis.

Gadis berusia 22 tahun itu memberitahu, pada mulanya dia tidak menyedari 'kemunculan khas' tersebut menerusi rakaman yang dibuat dengan bantuan bapanya ketika itu.

"Saya hanya perasan apabila melihat semula rakaman tersebut setelah selesai. Dua kanak-kanak di dalam video tu sebenarnya adalah sepupu saya yang berusia sembilan dan tujuh tahun yang masuk ke rumah dari rumah jiran.

"Pintu pula tak berkunci sebab nak mudahkan mereka dan seorang adik lelaki saya berusia 10 tahun yang turut berada di rumah jiran untuk masuk ke rumah. Sepupu cuba merangkak sebaik nampak ada kamera, dengan harapan tak dirakam kelibat mereka," katanya kepada mStar.



Khadijah (tudung hitam) bersama sebahagian rakan-rakan sekelas di UiTM.

Mengulas lanjut, pelajar Diploma Pengurusan Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor itu berkata, dia memberi tumpuan kepada video tugasannya yang pada masa itu sudah berlangsung selama lebih tiga minit.

"Pensyarah bagi tugasan untuk buat satu video demonstrasi tentang salah satu teknik renang dan memberi penjelasan mengenainya semasa presentation (pembentangan).

"Saya pilih renang gaya bebas (freestyle). Sebab itulah dalam video nampak tangan saya bergerak seolah-olah berenang. Ada dua rakaman, satu lagi tunjuk bahagian kaki.

"Pada asalnya video tugasan ni nak buat di kolam renang. Tapi sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jadi terpaksa buat di rumah guna kerusi yang dipinjam daripada jiran untuk memudahkan saya membuat pergerakan," kata yang aktif bermain tenis.



Khadijah (kiri) pernah menyertai Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum).

Lebih mesra disapa Khadijah, dia mengakui begitu mencabar untuk melakukan tugasan tersebut kerana ia tidak mudah seperti yang digambarkan.

"Masuk minit ketiga, perut rasa senak sebab kena angkat tangan dan kaki, tapi kena teruskan juga sebab video tu ambil masa kira-kira empat minit.

Pada asalnya video tugasan ni nak buat di kolam renang. Tapi sebab PKP, jadi terpaksa buat di rumah guna kerusi yang dipinjam daripada jiran untuk memudahkan saya membuat pergerakan.

KHADIJAH NAJWA LATFY ANUAR

"Masa rakaman tu terdengar ayah gelak tapi saya tak kisah sangat sebab memang beritahu ayah yang video ini akan dimasukkan voice over (suara latar).

"Tapi tak sangka pula ayah gelak sebenarnya sebab nampak dua sepupu masuk dalam keadaan takut-takut sebelum adik lelaki pula menyusul, masing-masing lalu belakang sofa dan duduk senyap-senyap sampai saya selesai buat rakaman," katanya yang menetap di Ampang, Selangor.



Khadijah (dua, kiri) bersama adik lelaki (kiri) dan dua sepupunya.

Bagaimanapun, anak sulung daripada empat beradik itu akhirnya terpaksa membuat video tugasan itu semula disebabkan kemunculan sepupu dan adiknya yang melucukan itu.

"Aduhai, ingatkan dah lega lepas buat video mula-mula tu. Sekali kena buat balik, tiga minit pertama pun dah rasa sakit... apatah lagi nak buat semula video dari mula.

"Pertama kali buat video tugasan di rumah. Lepas tu perut okay lagi, tapi esoknya terus cramp (kejang), macam buat plank (senaman yang menguatkan otot)," ujarnya secara berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain