suria

Tak sia-sia pemborong tudung ramah di Twitter, hasilnya ‘perempuan cantik’ selamat jadi isteri - “Buka profile, dia dah follow saya”

Paparan skrin perbualan pertama pasangan ini menerusi DM Twitter tular dan meraih perhatian ramai netizen.

LANGKAH berani jejaka ini menghantar mesej kepada seorang gadis menerusi Twitter sekitar tahun 2019 membuahkan hasil apabila mereka selamat disatukan pada Khamis lalu.

Menurut Noor Hasrul Shafiq Hassan, 28, dia dan isteri, Nur Adila Amira Ruzman, 23, sekadar berbalas komen sebelum perbualan mereka berlanjutan di ruangan direct message (DM) menerusi laman sosial itu.

"Masa tu bulan November tahun 2019. Ada seorang individu buat lawak di Twitter. Saya dan isteri sekadar berbalas komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa ‘jodoh’ baju sama masa buat reviu makanan, Instafamous nafi bertindak melampau - “Kalau dengan perempuan rasa lain sikit”

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk aplikasi cari jodoh, gadis terpaut hati lelaki bukan Melayu... gembira hubungan dapat restu - “Dulu gagap baca doa, sekarang makin lancar”

"Kemudiannya saya buka profile Twitter isteri, saya tengok dia dah follow saya. Lepas tu terus saya DM.

"Mula-mula berbalas DM biasa, lepas tu saya minta Instagram dia. Kami senyap dalam sebulan juga, kemudian baru berhubung semula.

"Masa kenal dalam media sosial, saya rasa smooth je perbualan kami. Borak pun rasa positif, sebab tu saya berani," ujarnya kepada mStar.

Pasangan ini disatukan pada Khamis lalu di Temerloh, Pahang.

Mesra disapa Hasrul, dia mengorak langkah lebih berani apabila meminta nombor telefon gadis itu sebelum perkenalan mereka menjadi semakin serius.

Enggan mempersiakan peluang yang diberi, mereka turut berkenalan dengan keluarga masing-masing beberapa bulan kemudian sehinggalah disatukan di Pejabat Agama Islam Temerloh, Pahang, empat hari lalu.

"Kalau ikut rancangan asal, kami akan berkahwin pada 12 Februari ini. Dewan, makanan, pakaian semua dah tempah.

Kalau orang lama yang tak ada media sosial, mungkin ragu-ragu, selamat ke media sosial ni?

HASRUL

"Tapi kami buat keputusan untuk kahwin awal sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Kami buat persiapan saat akhir dan terus kahwin di Temerloh sebab isteri asal Pahang.

"Lepas nikah pada Khamis, kami photoshoot sekejap dan terus balik ke Kedah. Buat sementara waktu ni kami akan menetap di Kedah.

"Saya pun dah cari rumah di Kuala Lumpur, tapi tak sempat nak uruskan sebab dah PKP baru-baru ini," ujarnya lagi.

Pasangan ini merancang untuk berkahwin pada Februari, namun majlis dipercepatkan selepas PKP dilaksanakan semula di negara ini.

Dalam pada itu, Hasrul yang juga pemborong tudung dan peniaga dalam talian mengakui tidak salah untuk mencari jodoh secara dalam talian.

Seiring dengan perubahan zaman, dia merasakan kaedah itu juga berkesan seandainya ia dimanfaatkan sebaiknya.

"Kalau orang lama yang tak ada media sosial, mungkin ragu-ragu, selamat ke media sosial ni? Tapi kita yang dah lahir zaman ni, kita dah tahu selok-belok.

Kisah pasangan ini tular di laman Twitter dan menerima pelbagai komen netizen.

"Pada saya tak salah cari jodoh di laman sosial. Keluarga kami pun OK," ujarnya lagi.

Terdahulu, kisah pertemuan mereka tular di Twitter apabila isterinya berkongsi paparan skrin perbualan pertama mereka menerusi aplikasi itu.

Ia menerima lebih 4,300 ulang kicau (retweet) dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain