suria

Alahai akak! Baik punya merempit, wanita pasrah tengok tudung terbang sebelum dilenyek kereta - “Tak kan nak balik rumah pakai serkup je”

Tudung yang dipakai Lola terbang ke atas jalan raya sebelum dipijak oleh sebuah kereta.

AKSI bersahaja seorang wanita dalam video YouTube miliknya ternyata menghiburkan ramai.

Biarpun sudah setahun dimuat naik, video yang dihasilkan Sofie Idora Ahmad Ruzi, 25, tiba-tiba menjadi tular selepas sedutannya dikongsi di laman TikTok baru-baru ini.

Dalam rakaman itu, tudung yang dipakai olehnya ketika membonceng sebuah motosikal terbang ke atas jalan raya sehingga ia mengundang gelak ketawa netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tudung tak masuk beg, tuannya tebal muka depan pelanggan, “Dia tanya plastik ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu digelar syaitan, usahawan ini dikecam sekali lagi beralih dari tudung labuh ke tudung bawal

"Itu video vlog yang dirakam pada awal tahun 2020. Di kampung saya di Mersing, Johor. Kami sekeluarga dengan saudara-mara berkumpul ramai-ramai.

"Kemudian saya kongsi scene tudung terbang tu di TikTok. Tak sangka video lama tu jadi viral. Kami naik motor atuk.

Lola mengambil semula tudungya yang terjatuh ke atas jalan raya.

"Sepupu yang bawa motor. Masa perjalanan balik, tudung tu makin terkebelakang. Tiba-tiba terbang atas jalan raya.

"Jalan kampung tu lengang je, tiba-tiba ada kereta lalu dan lenyek tudung saya. Tapi saya ambil dan pakai semula, tak kan nak balik rumah pakai serkup je," ujarnya berseloroh.

Tudung Lola yang dilenyek sebuah kereta dalam kejadian itu.

Mesra disapa Lola, dia bersyukur apabila ramai yang terhibur menonton video itu.

Namun katanya, dia juga tidak terlepas menerima komen negatif segelintir netizen.

Ada yang cakap mereka tengah sedih terus happy lepas tengok video saya.

LOLA

"Ada orang tanya kenapa tak pakai mask. Video itu dirakam pada tahun baharu 2020. Masa tu Covid-19 belum menular serius di negara kita.

"Ada juga yang tanya kenapa tak pakai topi keledar. Kedai runcit tu dekat je dengan rumah, jalan kampung. Bila diminta beli barang, kelam-kabut pergi tak sempat nak pakai helmet.

"Video YouTube tu abang saya yang edit. Saya nak buang rakaman tudung terbang tapi abang minta kekalkan. Dia kata scene macam tu yang orang nak tengok.

Gaya spontan Lola ternyata mencuit hati netizen.

"Gembira sebab ramai yang terhibur. Ada yang cakap mereka tengah sedih terus happy lepas tengok video saya.

"Alhamdulillah, video tu pun dirakam secara spontan, bukan saya buat-buat," ujarnya lagi.

Lola merupakan seorang jurusolek pengantin.

Menurut Lola, ada yang menyangka dia masih solo namun mendedahkan dirinya sudah berkahwin pada tahun 2015 dan kini memiliki seorang cahaya mata berusia 4 tahun.

Bercerita mengenai dirinya, dia kini menetap di ibu negara dan bekerja sebagai jurusolek perkahwinan serta turut mengusahakan perniagaan kosmetik secara dalam talian.

Paparan skrin video tular itu.

Tambah Lola, dia juga merancang untuk terus menghasilkan video YouTube baharu selepas ini atas permintaan ramai susulan tularnya video 'tudung terbang' itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain