suria

Teman kucing beranak, tak sangka si bulus ikut tuan sebut nama Allah... Ramai mengalir air mata tengok Lala

Video yang dikongsi wanita itu tular di laman TikTok.

VIDEO memaparkan seekor kucing dikenali sebagai Lala yang melahirkan lima ekor anak mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum akan kebesaran sang pencipta apabila kucing baka Bengal itu kedengaran seolah-olah mengikut tuannya menyebut nama Allah beberapa kali sepanjang proses kelahiran itu.

"Kucing kesayangan Lala menyebut Ya Allah masa melahirkan," tulis Azita Nur menerusi kapsyen video di TikTok.

Dalam video berkenaan, Azita kedengaran sebak tatkala menemani kucing betina itu ketika proses melahirkan anak.

"Ya Allah, Allahuakhbar, Allahuakhbar sayang. Lala boleh Lala, go Lala," ujar Azita sambil membuat rakaman video.

Perkongsian video pada Sabtu itu sehingga kini meraih lebih 200,000 tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka tidur atas sejadah, pemilik baru sedar ada kalimah Allah pada badan kucing... Anggap ada mesej yang mahu disampaikan

ARTIKEL BERKAITAN: Ajaib! Dua naskhah al-Quran tetap kering walau ditenggelami air banjir di Hulu Langat... Itulah bukti kekuasaan Allah!

Di ruangan komen rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak, tak kurang juga yang sukar percaya apabila mendengar sendiri suara kucing berkenaan.

"Allahuakhbar. Hebat makhluk ciptaannya. Semoga dipermudahkan segala urusannya. Terima kasih sahabat kerana menyayangi seperti anak sendiri.

"Allahuakhbar. Betul binatang tu kan makhluk Allah juga. Ia berzikir macam kita juga. Pokok juga berzikir.

"Ada kucing nak beranak kena bagi semangat macam ni. Macam kucing saya, nak teran kena pegang tangan dia bagi semangat.

"Tengok si Lala pun air mata mengalir laju," tulis beberapa netizen.

Sebagai peringatan, kejadian sebegini sentiasa mengundang kekaguman dan keterujaan dalam masyararakat.

lalallaaa

Netizen meluahkan rasa kagum melihat video kucing itu.

Hakikatnya tidak salah sekiranya kita berasa teruja dan memuji kebesaran Allah pada setiap penemuan atau kejadian sebegini namun janganlah sampai terlalu taksub dan berlebihan dengan menganggap ia satu keajaiban, kerana Islam bukan begitu.

Untuk rekod, kucing Bengal berasal daripada kacukan baka-baka kucing seperti Abisinia (Abyssinian), Bulu Pendek Amerika (American Shorthair), Burma (Burmese), Mau Mesir (Egyptian Mau) dan Kucing Harimau Bintang Asia (Asian Leopard Cat).

Menurut laman web Whiskas, Bengal adalah unik kerana ia adalah satu-satunya baka berketurunan langsung daripada kucing liar yang besar iaitu kucing Harimau Bintang Asia.

Matlamat penghasilan baka Bengal adalah untuk mendapatkan rupa keturunan kucing liar, tetapi terdapat pada seekor kucing domestik.

Bengal merupakan baka istimewa yang mampu menarik hati semua orang yang bertemu dengan spesis ini.

Warna dan corak yang cantik pastinya meletakkan Bengal dalam kategori baka unik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain