suria

Pemergian yang dicemburui... Tak sempat pulang ke rumah, jemaah umrah wanita meninggal dunia setibanya di KLIA

Seorang jemaah umrah meninggal dunia setibanya ke tanah air. Foto: Instagram PU Amin.

SETIAP yang bernyawa pasti akan merasakan mati, begitulah lumrahnya kehidupan kita di muka bumi ini.

Biarpun setiap manusia melalui pengakhiran yang berbeza-beza, sudah tentu kita semua mahu meninggal dalam keadaan husnul khatimah.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah Umrah Malaysia Meninggal Dunia Dalam Penerbangan Pulang

ARTIKEL BERKAITAN: Pemergian yang dicemburui... Pesara TUDM meninggal dunia ketika solat Isyak berjemaah di masjid

Pada Sabtu pagi, pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin berkongsi cerita mengenai seorang jemaah umrah yang meninggal dunia setibanya ke tanah air.

"Jemaah umrah rebah dan meninggal dunia tatkala pulang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah selesai melaksanakan ibadah umrah.

KLIA comes in at number 63 on the latest Skytrax World’s Top 100 Airports list. —  AZHAR  MAHFOF/The Star

PU Amin memaklumkan wanita itu meninggal dunia di KLIA. (Gambar Hiasan)

"Moga Allah memuliakan Almarhumah Norasiah Alwi. Husnul khatimah. Pemergian yang dicemburui. Salam takziah buat seluruh keluarga.

"Selagi belum sampai ke rumah, Almarhumah masih berstatus tetamu Allah. Al-Fatihah," tulis PU Amin kepada lebih setengah juta pengikut di Instagram.

Menerusi posting sama, dia turut berkongsi dua keping foto, memaparkan jemaah wanita itu yang sedang terbaring di lantai.

Selagi belum sampai ke rumah, Almarhumah masih berstatus tetamu Allah. Al-Fatihah.

PU AMIN

Semakan mStar menerusi ruangan komen mendapati posting berkenaan dihujani dengan ucapan takziah daripada netizen.

Malah, ramai yang turut meluahkan rasa sayu, tak kurang juga mendoakan kesejahteraan roh arwah.

"Al-Fatihah. Semoga rohnya berada dalam kalangan orang yang beriman.

umrah2

Antara komen netizen di Instagram.

"Allahuakbar. Meninggal dalam keadaan aurat tertutup terjaga terpelihara. Semoga kita semua diberi rezeki meninggal keadaan baik.

"Mak kawan pun dulu sampai KLIA baru balik dari tunaikan haji meninggal di KLIA juga. Abahnya ada sama-sama masa tu.

"Al-Fatihah buat insan terpilih ini. Salam takziah pada keluarga arwah," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain