suria

Gempar Badang moden muncul di Tawau! Selamba angkat beban 130kg, netizen pelik rahsia kekuatan jejaka suku kaum Tidung

Aksi Fizi mengangkat peti ais meraih hampir tiga juta tontonan di TikTok.

AKSI seorang lelaki yang selamba mengangkat kotak barangan elektrik mencecah 130 kilogram (kg) meraih perhatian ramai pelayar media sosial.

Selain memuji kekuatannya, ramai netizen turut tertanya-tanya akan rahsia kekuatan jejaka dari Tawau, Sabah yang berusia 24 tahun itu.

Bercerita kepada mStar, Muhammad Hafizi Sujali mengakui tidak mengamalkan sebarang petua, namun aksi itu berjaya dilakukan hasil latihan berterusan sejak bekerja di sebuah kedai barangan elektrik sekitar dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘badan tak lawa’ nyaris tinggalkan gim sebab ‘gerun’ tengok ramai bro sado, tak sangka kini dah sama level dengan mereka

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM berjaya buat transformasi ‘kurus ke sado’ walau pernah nak menyerah kalah - “Dari mulut kawan-kawan juga...”

"Dah dua tahun tujuh bulan saya bekerja di kedai ini. Biasanya stok sampai dua minggu sekali, jadi kami akan angkat barang dari kontena.

"Limit saya boleh angkat sampai 130kg, tapi tetap kena ada back up yang tunggu. Kalau saya tak balance, dia akan bantu. Kalau lebih berat, kami angkat berdua.

"Masa awal kerja dulu, saya mula angkat barangan 80kg, lama-lama saya angkat yang lebih berat. Tiada apa-apa petua, tidak ada makanan khas, cuma perlu ada kemahiran. Setakat ini tak pernah jatuh lagi," ujarnya.

Senang disapa Fizi, jejaka suku kaum Tidung itu mengakui teruja apabila video-video memaparkan dia sedang mengangkat kotak peti ais tular di aplikasi TikTok.

Ujarnya, dia terkejut apabila video yang dikongsi meraih hampir tiga juta tontonan dan dihujani pelbagai komen daripada netizen.

fizi3

Fizi merupakan jejaka dari suku kaum Tidung.

Menelusuri ruangan komen TikTok miliknya, ramai netizen turut prihatin dan sering memberi peringatan agar Fizi sentiasa mengutamakan keselamatan.

"Jangan terlalu biasakan bang, jaga kesihatan okey.

"Bang elok pakai belt. Nanti sakit pinggang. For long term bahaya. Semoga dimurahkan rezeki selalu.

Yang tanya tip untuk kuat pun ramai... saya makan nasi dengan telur macam orang lain saja.

FIZI

"Just reminder, jangan selalu letak beban yang terlampau dekat badan takut effect pinggang," tulis beberapa netizen.

Menurut Fizi, dia terharu dengan komen-komen positif yang diterima, sekaligus mengubah persepsi negatif terhadap aplikasi TikTok.

"Dulu saya pandang negatif pada TikTok. Kemudian ada kawan yang bagi cadangan supaya download TikTok. Terkejut juga apabila viral dan dapat ribuan komen.

fizi2

Kata Fizi, dia gemar menyertai acara tarik tali.

"Apabila baca komen netizen, saya rasa lagi semangat. Ada juga yang condemn. Mungkin mereka tak faham situasi. Yang tanya tip untuk kuat pun ramai. Saya makan nasi dengan telur macam orang lain saja," ujarnya berseloroh.

Menurut anak pertama daripada tiga beradik itu, setakat ini dia tidak pernah berhadapan masalah kesihatan walaupun kerap mengangkat barangan yang berat.

Dedah Fizi lagi, sebelum ini dia turut aktif dalam sukan Muay Thai dan tinju, sekali gus membantunya untuk mengekalkan kecergasan fizikal.

fizi4

Fizi sebelum ini pernah bekerja di gim.

"Alhamdulillah belum pernah sakit belakang. Biasanya pagi-pagi saya akan buat regangan, bagi tulang berbunyi. Biasanya saya bersenam di rumah saja, lari pecut 40 meter ulang-alik dalam lima kali. Saya juga suka main tarik tali.

"Saya juga main boxing sejak tingkatan lima. Saya main boxing sebab suka tengok filem aksi. Kemudian masa kerja gim pada tahun 2018, saya juga ada main Muay Thai.

"Tapi sukan ini saya main sekadar suka-suka, tak pernah masuk bertanding lagi. Jadi kalau ada yang panggil badang tu, saya rasa tak sesuai.

"Saya rasa semua orang boleh angkat benda berat, cuma mereka kena yakin dan ada kemahiran," ujarnya berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain