suria

Lepasan SPM berjaya buat transformasi ‘kurus ke sado’ walau pernah nak menyerah kalah - “Dari mulut kawan-kawan juga...”

Izat tidak kisah sekiranya ada yang beranggapan negatif terhadap usahanya kerana tahu ia merupakan satu pelaburan untuk kesihatan dirinya.

"TAK cukup makan ke?"

Itu antara soalan yang sering diutarakan kepada remaja ini kerana memiliki tubuh yang kurus-kering, sekitar dua tahun lalu.

Menurut Muhamad Rohaizat Abdul Rahim Yong,18, dia mengambil kata-kata gurauan dan teguran teman sekeliling sebagai pembakar semangat untuk melakukan transformasi fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Kurus sampai digelar penagih, lagi parah ditinggalkan kekasih... lihatlah abang sekarang dah sado!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘badan tak lawa’ nyaris tinggalkan gim sebab ‘gerun’ tengok ramai bro sado, tak sangka kini dah sama level dengan mereka

Mesra disapa Izat, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu mendedahkan dia mula bersenam di gim sejak berusia 16 tahun lagi.

"Saya bermula ketika tingkatan empat, tapi saya betul-betul buat dengan serius ketika tingkatan lima.

"Dari mulut kawan-kawan juga... mereka tanya, kenapa kurus sangat? Kadang-kadang rasa sakit hati.

"Jadi saya nak buktikan kepada mereka. Dulu pada awalnya saya ke gim sendirian sehinggalah pada suatu hari, saya kenal dengan seorang coach.

"Bermula dengan tegur dia di gim, dia kemudiannya banyak ajar saya untuk lakukan proses ini dengan betul, " ujarnya kepada mStar.

sado2

Foto ketika Izat belum memulakan proses transformasi fizikal.

Menurut Izat, proses membina badannya agar kelihatan lebih tegap dan kekar tidaklah semudah yang disangka.

Malah, dia acap kali hampir berputus asa apabila penat lelahnya seakan-akan tidak membuahkan hasil pada awalnya.

Sebenarnya makan kena jaga, tidur kena cukup, training pun kena power.

MUHAMAD ROHAIZAT ABDUL RAHIM YONG

"Proses agak lama sebenarnya. Dalam enam bulan baru nampak perubahan ketara. Pernah nak putus asa banyak kali.

"Kemudian saya fikir balik. Kalau nak putus asa, buat apa saya mulakan perjalanan ini. Kenapa nak bazirkan masa? Jadi saya cuba sehingga dapat apa yang dimahukan.

"Ada juga kawan-kawan yang nak ikut saya. Ramai yang putus asa separuh jalan. Tapi saya bersyukur dapat sokongan keluarga.

"Saya juga banyak tengok YouTube orang yang buat badan, selalu dengar motivasi daripada mereka. Pada saya, kalau kita nak sesuatu, kita kena usaha sampai dapat, " ujarnya yang menetap di Melaka.

Menurut Izat lagi, dia tidak kisah sekiranya ada yang beranggapan negatif terhadap usahanya kerana tahu ia merupakan satu pelaburan untuk kesihatan diri.

sado3

Remaja ini bercita-cita mahu menjadi anggota polis suatu hari nanti.

Malah, dia juga berharap pandemik berakhir segera agar dapat kembali meneruskan aktiviti di gim seperti sedia kala.

"Kadang-kadang, ada juga orang cakap saya main gim sebab nak menunjuk. Tapi saya buat untuk kesihatan dan sebab minat.

"Bila kita rajin training, memang stamina lebih banyak dan rasa lebih sihat. Tapi sejak lockdown, dah lebih sebulan tak pergi gim.

"Biasanya dulu saya akan ke gim enam kali seminggu. Sekarang saya hanya joging di rumah, dalam dua ke tiga kali seminggu.

"Harapnya Covid-19 habis cepat, nak training di gim macam dulu-dulu. Sayanglah sebab buat badan pakai duit. Nak kena bayar yuran gim lagi, dah rugi kat situ," ujarnya yang bercita-cita menjadi polis suatu hari nanti.

1140978

Izat berharap pandemik segera berakhir agar dia dapat kembali ke gim seperti sedia kala. (Gambar Hiasan)

Dalam pada itu, Izat turut berkongsi video berkenaan proses transformasi fizikalnya sehingga meraih hampir 25,000 tontonan di TikTok.

Selain komen pujian, ramai yang turut menghantar mesej meminta petua daripadanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ramai yang komen, ramai juga yang direct message (DM). Mereka tanya tip, mereka juga mengadu... dah makan macam-macam tapi badan tak naik.

"Jadi saya cuba reply setiap seorang. Sebenarnya makan kena jaga, tidur kena cukup, training pun kena power.

"InsyaAllah saya akan perbanyakkan video fitness, cuma sekarang lockdown... susah sikit. Lepas ni saya nak kongsi lagi ilmu berkaitan fitness, " ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain