suria

Rahsia terbongkar hari bapa dapat vaksin, rupa-rupanya tiap hari bekas polis ini salin angka dalam buku nota – “Ingatkan nombor ekor”

Bapa Syafiq mengisi masa lapang dengan merekodkan kes harian Covid-19 dalam buku nota.

RAKYAT Malaysia saban hari menantikan data kes harian Covid-19 melalui pelbagai platform, seorang warga emas tidak terkecuali bersedia dengan pen dan buku notanya.

Tidak hanya mengetahui perkembangan terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setiap perangkaan direkod semula dalam buku berkenaan.

Begitulah yang didedahkan oleh seorang pemuda, anak kepada seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ikut anak pergi kerja selepas diarah cuti tanpa gaji, makan tepi jalan sambil tunggu job masuk - "Ayah kata lebih baik kerja sampai 8 malam"

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bapa B40' buka cerita tak habis sekolah... akui kerap termenung, menangis di tempat kerja kenangkan nasib anak-anak - "Tak mahu mereka jadi seperti saya"

Muhammad Syafizuddin Abu Seman berkata, dia menyedari kewujudan buku itu sewaktu menziarahi neneknya berusia 89 tahun yang sakit di rumah keluarganya di Sik, Kedah.

Pemuda berusia 23 tahun itu memberitahu, pada mulanya dia menyangka buku latihan tersebut masih digunakan oleh adik-adiknya yang masih bersekolah.

"Tapi bukan, ia adalah buku latihan yang dah lama tidak digunakan. Bila tengok dari jauh, hanya nampak banyak nombor yang dituliskan dalam jalur-jalur kotak.

"Terkejut juga sebab ingatkan 'nombor ekor', tapi tak mungkin. Bila tengok dekat rupa-rupanya ayah salin semula setiap data kes harian Covid-19," katanya kepada mStar.

ayah rekod kes covid 5

Kes baharu Covid-19 mengikut negeri dan angka kematian direkodkan.

Lebih mesra disapa Syafiq, katanya, bapanya yang merupakan pesara polis berbuat demikian bagi mengisi masa lapang sejak Mei lalu.

"Setiap hari ayah akan semak di aplikasi MySejahtera yang memaparkan data terbaru kes harian Covid-19, dan ayah akan salin semula dalam buku latihan tu.

"Daripada jumlah kes baru, ayah akan tulis secara terperinci mengikut pecahan negeri. Ayah juga rekod kes kematian akibat Covid-19, semuanya adalah tulisan tangan," ujarnya.

ayah rekod kes covid 3

Bapa Syafiq membuat semakan menerusi aplikasi MySejahtera.

Menurut anak kelapan daripada 11 beradik itu, secara kebetulan dia menyedari 'hobi baharu' itu pada hari bapanya selesai mendapatkan dos pertama suntikan vaksin Covid-19.

"Kedah baru membenarkan solat fardu dan solat Jumaat di masjid dan surau dengan jumlah jemaah tertentu dengan syarat jemaah sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Ayah selalu berpesan dengan famili, pergi mana-mana jaga diri. Patuh segala SOP yang ditetapkan sepanjang PKP.

SYAFIQ

"Ayah pula sebelum ini memang selalu solat berjemaah di masjid. Jadi ayah terlebih excited sebab dah dapat suntikan vaksin," katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Syafiq berkata, kerajinan bapanya menyalin semula data kes harian Covid-19 itu bukan sekadar untuk mengisi masa lapang, tetapi mengingatkannya mengenai pandemik yang melanda negara sejak tahun lalu masih di tahap serius.

ayah rekod kes covid 4

Sebahagian kes harian Covid-19 yang direkodkan antara Jun dan Julai.

"Ayah kata kes harian Covid-19 beribu-ribu amat membimbangkan, dan setiap hari banyak kematian dilaporkan. Ayah sedih dengan situasi yang berlaku sekarang," ujarnya,

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia yang juga merupakan penghantar makanan memberitahu, bapanya juga sering mengingatkan keluarganya terutama anak-anak supaya menjaga diri sepanjang masa.

ayah rekod kes covid 2

Syafiq (kiri) bersama bapanya.

Jelas Syafiq, bapanya yang menghabiskan banyak masa di rumah sentiasa memantau aplikasi MySejahtera dan setiap pengumuman yang dibuat kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ayah selalu berpesan dengan famili, pergi mana-mana jaga diri. Patuh segala SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan sepanjang PKP.

"Lebih-lebih lagi saya kerana kerja berdepan ramai orang. Saya jadi securiy guard dan rider, pada masa sama buat COD (pembayaran tunai ketika serahan) barang," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain