suria

Pemuda ini minta pengikutnya move on selepas projek ‘lagu sedih 30 hari’... selesa main keyboard sebelah tangan, tak rancang ganti tripod patah

Video nyanyian Amin sambil bermain muzik dengan sebelah tangan sahaja menjadi perhatian netizen di TikTok.

SEORANG jejaka berusia 22 tahun tampil dengan projek '30 days of sad song' menerusi aplikasi TikTok sehingga namanya tular ke negara seberang.

Menurut Amin Mohammad Azman yang juga penuntut bidang Animasi dan Seni Visual di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), projek itu bukan semata-mata untuk berkongsi bakat seni yang dimilikinya.

Namun, ia ada simbolik tersendiri dalam menyampaikan mesej berhubung kesedihan rakyat negara ini yang banyak terkesan sejak pandemik Covid-19 melanda.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak didik Amir Jahari akui masih takut nak kongsi video walau ada bakat, tapi respons di TikTok ‘lain macam’ - “Lena sekejap, bangun terkejut tengok views”

ARTIKEL BERKAITAN: Suara bak nyanyian dalam mimpi, ada kata penuntut UiTM ini boleh dodoi tidur... belum dengar full version lagi tu!

"Projek ini sebenarnya dah bermula sejak 2 Mei. Saya sudah hasilkan 28 cover lagu dan kini berbaki lagi dua. Masa saya bermula, TikTok saya pun belum ada followers sangat.

"Saya buat content untuk hiburkan orang, tak sangka ia menerima jutaan tontonan. Ada salah satu video saya dalam projek itu dapat 1.7 juta tontonan dan viral hingga ke Indonesia.

"Melalui projek ini, saya nak sampaikan bahawa it is ok to be sad. Tapi jangan sedih lama-lama. Sebab itu saya buat 30 hari sahaja.

"Saya harap ada beberapa lagu cover saya yang mereka boleh pilih untuk dengar dan move on selepas itu," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Amin, anak ketiga daripada enam beradik itu mendedahkan dia juga akan tampil dengan projek baharu menerusi TikTok, tidak lama lagi.

amin4

Amin mendedahkan dia mula mempelajari instrumen muzik sejak kecil lagi.

Menurut Amin lagi, dia terharu apabila bakat nyanyiannya menerima reaksi positif dan dipuji netizen.

Malah katanya, ramai yang turut meluahkan rasa sedih dan berkongsi kisah masing-masing menerusi ruangan komen di TikTok miliknya.

Ramai yang komen, mereka kata 'please beli tripod'.

AMIN

"Saya tak pernah jangka akan dapat tontonan tinggi. Saya pun tak pernah letak cita-cita sebagai penyanyi. Bila sedar banyak penghargaan dan permintaan daripada pelayar TikTok, saya rasa tersentuh.

"Ia membuatkan saya lebih dekat dan faham perasaan mereka. Ada salah satu video saya, mereka tag insan-insan tersayang.

"Ada juga yang kongsi kisah kematian ahli keluarga akibat Covid-19. Saya bersyukur dapat bantu mereka ubati rindu, walaupun sekadar bantuan dari segi emosi.

"Saya harap mereka terus kuat dan kekal selamat. Saya percaya ramai yang terkesan selepas Covid-19 melanda, InsyaAllah ia akan berakhir tak lama lagi," ujarnya.

Selain bakat nyanyian, aksi Amin yang bermain keyboard dengan sebelah tangan sambil sebelah lagi tangannya memegang telefon untuk membuat rakaman video nyanyian turut menjadi perhatian.

amin1

Amin bersyukur dapat menghiburkan orang ramai dengan video nyanyiannya.

Malah, ada netizen turut berseloroh meminta Amin membeli tripod untuk memudahkan urusan rakaman video pada masa akan datang.

"Ramai yang komen, mereka kata please beli tripod. Mereka juga nyatakan hasrat untuk tengok saya main keyboard dengan kedua-dua tangan.

"Sebelum ini saya ada tripod, tapi sudah patah. Saya pun tak tahu kenapa, saya rasa selesa menyanyi sambil tangan sebelah pegang telefon dan sebelah lagi main keyboard.

amin3

Bukan sahaja di Malaysia, malah video nyanyian Amin turut tular sehingga ke Indonesia.

"Tak sangka perkara itu menarik perhatian netizen. Bila ramai yang komen, jadi saya teruskan sahaja," ujarnya.

Antara lagu nyanyiannya yang meraih perhatian di TikTok termasuklah Jodoh Pasti Bertemu (Afgan), Bukan Dia Tapi Aku (Judika) dan Stay With Me (Sam Smith).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menetap di Taman Melawati, Kuala Lumpur, Amin mendedahan dia mula mempelajari muzik sejak kecil lagi dan berkebolehan bermain instrumen seperti piano serta gitar.

Menjadikan Beyonce, Anuar Zain, Jaclyn Victor dan Judika sebagai inspirasi, Amin bagaimanapun menyimpan hasrat untuk bergelar pengarah animasi dan filem, suatu hari nanti.

Buat masa ini katanya, dia sekadar menyanyi dan bermain muzik untuk menghiburkan orang ramai sahaja, khususnya menerusi media sosial.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain