suria

Amboi, senangnya hati! Perangai sebenar ibu 3 anak ‘terbongkar’ selepas video nyanyi lagu Kuca Kuca atas rakit tular - “Pernah lemas tapi tak serik”

Pernah lemas ketika usia enam tahun, tapi Mimi tak pernah serik untuk mandi sungai.

AKSI bersahaja seorang wanita menyanyikan lagu Kuca Kuca dendangan asal Lia Aziz sambil bermain rakit di sebatang sungai ternyata menghiburkan netizen.

Menurut Wan Nur Syamimi Atikah Wan Zulkifli, 25, dia sama sekali tak menyangka video berkenaan akan menjadi tular sehingga meraih lebih 700,000 tontonan.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia juga segan selepas perangai 'gila-gila' yang tidak diketahui ramai terbongkar selepas video itu meraih perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam sungai hingga puncak bukit, semua redah demi hasil wow! Jurugambar dedah berguru setahun selepas dikecam ‘editing terlampau nampak menipu’

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas berhati-hati 200 peratus hasilnya cukup wow! Jurugambar ajak pengantin 'berendam' di air terjun, pengalaman sekali seumur hidup

"Saya nyanyi lagu tu pendek saja sebab tak ingat sangat lirik. Bapa saudara saya pula suka curi-curi buat video.

"Saya kata kalau dah viral, 'mati' orang tahu perangai sebenar saya. Kat tempat kerja saya lain. Tapi orang kat rumah dan orang kampung tahu saya jenis kelakar," ujarnya berseloroh.

Mesra disapa Mimi, dia yang bekerja dalam bidang Khidmat Pelanggan dengan sebuah restoran makanan segera di Kota Bharu, Kelantan mendedahkan sungai itu terletak di belakang rumahnya sahaja.

Menurut Mimi yang menetap di Pasir Tumboh, dia sudah biasa bermain sungai sejak kecil lagi dan tidak pernah serik biarpun pernah lemas ketika berusia enam tahun.

"Sungai tu di belakang rumah saya saja, jalan tak sampai seminit dah sampai. Dalam 20 langkah saja.

mimi1

Mimi bersama suami dan anak-anak.

"Sejujurnya saya memang suka main sungai dari kecil lagi. Saya pernah lemas tapi tak pernah serik.

Bila baca komen, saya rasa kesian pula. Ada yang dah lama tak balik kampung sejak Covid-19 melanda.

MIMI

"Dari lemas sampailah dah pandai berenang dan sekarang ada tiga anak, saya tetap suka mandi sungai dan bermain rakit. Saya juga suka memancing ikan sungai.

"Rakit dalam video viral tu milik bapa saya. Lelaki dalam video tu pula merupakan bapa saudara saya," jelasnya lagi.

Menurut Mimi, dia mengakui terkejut apabila video memaparkan aksi menghiburkan itu meraih perhatian ramai sehingga dihujani pelbagai komen.

Malah katanya, ada netizen yang turut meluahkan rasa sedih selepas menonton video tersebut.

"Bila baca komen, saya rasa kesian pula. Ada yang dah lama tak balik kampung sejak Covid-19 melanda. Saya harap pandemik cepat pulih.

mimi2

Selain mandi sungai dan bermain rakit, Mimi juga suka memancing ikan.

"Biar mereka semua dapat balik kampung masing-masing, agar dapat rasai kehidupan dan aktiviti yang saya boleh buat setiap hari di sini.

"Alhamdulillah setakat ini tiada komen negatif. Rata-rata komen mengakui mereka terhibur.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Terima kasih kerana tengok video saya tanpa rasa segan atau benci, ia sekadar hiburan semata-mata," ujarnya.

Untuk rekod, Mimi sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang pemandu lori ketika dia berusia 18 tahun.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata berusia tujuh, empat dan dua tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain