suria

Selepas kejadian hilang IG gara-gara video call dengan rakyat Israel, usahawan kongsi video ‘benci Kelantan’ pula - “Kita bukan jenis kaki gaduh”

Fit pernah kehilangan akaun Instagram kerana terlalu lantang bersuara mengenai kekejaman Israel terhadap Palestin.

BAGI anak-anak Kelantan yang merantau jauh ke ibu kota, pasti ada dalam kalangan mereka yang pernah dipandang negatif gara-gara berasal dari negeri itu.

Menurut Mohamad Fitri Khairul Nizam Hisham, 22, dia mengakui situasi ini memang berlaku dan turut memuat naik satu video ringkas mengenai topik 'benci Kelantan' menerusi TikTok.

Mesra disapa Fit, dia yang berasal dari Pasir Mas mengakui perkongsian video itu sebenarnya satu pendedahan mengenai realiti yang berlaku terhadap kebanyakan anak kelahiran Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dari Kelantan tak disukai keluarga sanggup 'basuh berak' bapa mertua, kini tiap minggu nak menantu balik

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mertua tak suka Kelantan alasan putus, bekas awek syak lain, “Mungkin itu alasan saja”

"Sebenarnya video itu saya cuma berkongsi mengenai realiti yang berlaku. Saya berasal dari Kelantan, sekarang duduk di Selangor.

"Saya cuma nak kongsi mengenai perkara sebenar. Saya datang sini sejak umur 17 tahun, ulang-alik ke Kelantan. Jadi saya boleh rasa vibe antara negeri yang berbeza.

"Saya cuma nak tahu kenapa ramai yang benci? Benda-benda ini pernah 'lalu' di telinga saya. Ada juga yang anggap orang Kelantan berlagak.

"Tapi saya ambil semua yang berlaku sebagai pembakar semangat. Saya malas nak fikir kalau ada yang bersikap negatif," ujarnya kepada mStar.

Menurut Fit, dia suka berkawan dengan mana-mana individu tanpa mengira asal-usul mereka dan menganggap semua rakyat Malaysia sama sahaja.

fit2

Fit mula menceburi bidang perniagaan sejak berusia 16 tahun.

Malah katanya, tidak semua rakan dari negeri lain bersikap negatif, malah ramai yang turut berminat mempelajari dialek Kelantan dengannya.

"Bila saya kongsi video 'benci Kelantan' di TikTok, ada yang bagi komen negatif. Tapi ramai juga yang komen positif.

Kita bukan jenis kaki gaduh. Tapi ramai yang expect Kelantan suka cari gaduh.

FIT

"Ada juga yang cakap mereka jealous kerana perempuan Kelantan cantik. Saya kata sama saja dari mana pun.

"Apa saja komen, saya tak ambil hati. Kalau orang tu negatif, saya cuba ambil inisiatif untuk bagi dia faham.

"Kita bukan jenis kaki gaduh. Tapi ramai yang expect Kelantan suka cari gaduh," ujarnya.

Bercerita mengenai dirinya, Fit merupakan usahawan kosmetik yang mana dia mula berniaga sejak berumur 16 tahun lagi.

Dedah model sambilan itu, dia juga pernah kehilangan akaun Instagram miliknya baru-baru ini kerana terlalu lantang bersuara mengenai kekejaman Israel terhadap Palestin.

fit4

Video Fit mengenai topik 'benci Kelantan' raih perhatian ramai di TikTok.

"Instagram saya yang memiliki 39,000 pengikut kena banned. Katanya saya violate regulation Instagram.

"Pada waktu itu ada orang Israel direct message (DM) saya. Dia tak puas hati, dia ajak video call. Dua hari lepas tu, Instagram dan Facebook saya hilang.

"Masa awal-awal saya post mengenai Palestin, saya dah pasang niat. Saya dah boleh jangka hal ini akan berlaku.

"Tapi saya nekad nak sebar kesedaran dengan followers. Saya pernah tak tidur tiga hari, saya ikuti setiap update dalam Telegram.

fit3

Sebelum produk kosmetik dan wajah, Fit juga suatu masa dulu pernah menjalankan perniagaan pewangi.

"Kemudian setiap info dari Telegram yang ditulis dalam bahasa Arab, saya translate ke bahasa Malaysia dan kongsi dengan followers," ujarnya.

Dedah Fit, dia sudah berpuluh kali mengantar email rayuan kepada pihak Instagram, namun gagal memperoleh semula akaun miliknya.

"Sebelum itu ada yang tegur, mereka tanya saya... tak takut ke kalau Instagram kena padam?

"Sebab saya buat bisnes, ramai juga yang kenal saya di Instagram sejak zaman modeling dan zaman shooting iklan.

fit5

Fit berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

"Tapi saya tak meletakkan bisnes sebagai keutamaan, sekarang saya pun dah buat Instagram baharu," ujarnya.

Berkongsi tip bisnes, Fit berkata wang tidak seharusnya menjadi keutamaan biarpun ia merupakan satu perkara yang mustahak.

"Ya, semua nak kejar duit, tapi kita kena fikir mengenai progres dan kejayaan yang nak dicapai.

fit6

Fit tak kisah Instagram miliknya dipadam gara-gara lantang bersuara isu Palestin.

"Kalau setiap hari fikir duit, saya percaya kalau kita lambat capai, akhirnya kita akan putus asa dan susah bangkit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tapi kalau fikir nak belajar ilmu dan bagi manfaat pada orang lain, InsyaAllah akan datang semangat untuk kita.

"Jangan ingat bisnes merupakan satu kerja, sebaliknya ia sebahagian kehidupan kita. Kita akan hidup dengan bisnes setiap saat, " ujarnya lagi.

Selain produk kosmetik dan wajah, Fit suatu masa lalu pernah menjalankan perniagaan pewangi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain