suria

Pelajar ‘badan tak lawa’ nyaris tinggalkan gim sebab ‘gerun’ tengok ramai bro sado, tak sangka kini dah sama level dengan mereka

Kata Akmal, dia dulu segan untuk ke gim kerana kurang yakin dengan bentuk tubuhnya.

PERJALANAN jejaka 'sado' ini dalam transformasi fizikalnya tidaklah semudah yang disangka.

Menurut Akmal Hazim Mohd Azmi, 20, dia kurang keyakinan diri untuk bersenam di gim beberapa tahun lalu memandangkan tubuhnya biasa-biasa sahaja pada waktu itu.

Namun kata pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, persepsi itu ternyata berubah selepas dia memberanikan diri untuk ke gim dan merasai sendiri suasana di dalamnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Atuk sado 53 tahun tiba-tiba famous, video bersenam terima ratusan ribu tontonan... ramai pula calonkan diri nak jadi isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Kurus sampai digelar penagih, lagi parah ditinggalkan kekasih... lihatlah abang sekarang dah sado!

"Saya mula pergi gim selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Masa tu saya masih lagi berisi. Waktu awal-awal, badan tak lawa, memang rasa kurang yakin.

"Kat pintu masuk pun dah nampak ramai orang badan besar-besar, kita rasa dilema. Rasa macam nak balik bersenam di rumah saja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tapi bila masuk gim, baru saya tahu orang dalam tu sangat supportive. Kebanyakan yang saya kenal di sana bermula sebab mereka tegur cara saya work out.

"Bermula dengan teguran, boleh jadi kawan. Selalunya macam tu la," ujarnya kepada mStar.

Akmal yang dulu dan sekarang.

Mesra disapa Akmal, penuntut bidang Pengurusan Sukan itu mengakui aktiviti senaman secara berkala dapat membantu dari segi kecergasan dan kesihatan dirinya.

Jelasnya lagi, bukan tubuh badan sasa yang menjadi keutamaan, sebaliknya dia mahu menjalani gaya hidup sihat dengan mengikuti senaman dan latihan di gim.

Abang saya rajin main gim. Dia jadi inspirasi utama sebab saya tengok perjalanan dia.

AKMAL

"Masa awal main gim dulu, saya dapat turunkan berat badan. Tapi tak turun secara drastik. Kemudian baru saya belajar naikkan muscle.

"Pada awalnya, pemakanan pun saya main bedal je. Rasa down, nak putus asa tu normal. Tapi bila fikir balik, bukan kita nak puaskan hati orang, tapi nak puaskan diri sendiri.

"Kena nekad dengan matlamat. Saya main gim bukan untuk dapatkan shape semata-mata, tapi untuk kekuatan dan stamina. Dulu saya main taekwondo dan ada masalah lutut.

"Bila pergi gim, saya dah tak rasa sakit. Ia bantu untuk naikkan kekuatan diri saya. Jadi, salah persepsi kalau kata nak pergi gim untuk sado semata-mata," ujarnya yang berasal dari Taiping, Perak.

Selain Instagram, Akmal turut berkongsi video-video kecergasan menerusi TikTok.

Malah katanya, ramai yang turut menghantar mesej dan bertanya pelbagai soalan kepadanya.

Perubahan fizikal Akmal selepas dia pergi ke gim dan melakukan senamam secara berkala demi kecergasan diri.

"Ramai orang yang tanya, ada juga junior sekolah yang nak pergi ke gim, jadi mereka tanya saya. Kalau ada yang berminat, saya sedia membantu.

"Bila saya kongsi video di TikTok, ada yang cerita kisah mereka takut nak pergi gim, sebab risau kena gelak dan sebagainya. Mereka takut nak pergi gim.

"Sebenarnya jangan ada persepsi begitu. Semua yang pergi sangat supportive. Teruskan dengan target dan jangan berhenti sebab orang lain.

"Saya pun dulu risau macam tu juga," ujarnya lagi.

Dedah Akmal, dia mula meminati aktiviti kecergasan itu sejak sekolah rendah lagi kerana terinspirasi dengan abang sulungnya.

"Abang saya rajin main gim. Dia jadi inspirasi utama sebab saya tengok perjalanan dia. Tapi saya tak pernah ikut, masa tu pun masih kecil.

"Ayah saya pun bagi sokongan sebab dia minat sukan," ujar anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

1,098 pelajar MRSM dapat semua A