suria

Bingung kelibat budak misteri di funfair, ada yang tak kena dalam video rakaman ibu... Anak beritahu duduk dengan ‘abang’

Lelaki yang duduk bersebelahan anak Riena tiba-tiba lesap ketika sedang menaiki sebuah permainan di funfair.

PELIK tapi benar.

Begitulah kisahnya mengenai kehadiran individu misteri dalam satu rakaman di sebuah funfair di Johor, pada Khamis.

Menurut Nur Afrina Rosni, 30, seorang kanak-kanak lelaki yang duduk bersebelahan anaknya, Mohamad Muiz Zafran, 5, tiba-tiba lesap ketika mereka sedang menaiki sebuah permainan berpusing.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah nak tengah malam, perjalanan rider silap simpang berakhir di kubur... tak terfikir gangguan mistik, cuma risau kena prank - “Ada nampak lembaga bawah khemah”

ARTIKEL BERKAITAN: Alami luka, berdarah secara tiba-tiba... Kazim Elias akhirnya bercerita tentang penyakit misterinya

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Riena mengakui tertanya-tanya akan kehilangan budak lelaki itu, malah masih keliru dengan apa yang berlaku.

"Video itu saya rakam dekat funfair di Johor Bahru. Muiz anak tunggal, saya bawa dia malam tadi.

"Apabila naik permainan tu, saya lepaskan dia seorang sebab saya dan suami berbadan besar, tak lepas nak masuk.

"Tak silap saya mereka duduk berdua, cuma saya tak kenal budak sebelah tu. Mungkin pekerja kat situ yang setting tempat duduk.

"Jadi apabila saya rakam video pendek, masa pusingan kedua saya nampak macam anak saya borak sendirian," ujar wanita itu.

riena3

Jelas kelihatan pada awal video bahawa anak Riena duduk bersebelah seorang lelaki.

Menurut Riena, dia ada bertanya kepada anak lelakinya mengenai kehadiran individu tersebut, namun si cilik itu juga seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.

"Kebetulan lepas tu game dah habis, apabila anak saya turun... tak nampak pula budak yang duduk sebelah dia.

"Muiz cakap dia duduk dengan 'abang'. Lepas saya tunjuk video tu, dia cakap tak tahu mana 'abang' tu," ujarnya lagi.

Masa pusingan kedua nampak macam anak saya borak sendirian.

RIENA

Sehari berlalu, Riena berkata anaknya berada dalam keadaan baik, malah tiada sebarang gangguan mistik berlaku sejurus pulang dari funfair berkenaan.

"Seram juga. Tapi setakat ini anak saya okey saja. Tak ada yang pelik-pelik. Masih tertanya-tanya juga, siapa budak tu?

"Ada kawan saya kata mungkin budak tu tunduk. Tapi kalau ikutkan, nak naik game tu dia ada pasang palang. Jadi budak tak boleh gerak-gerak," ujarnya.

rinea4

Riena tak sangka kunjungan mereka sekeluarga ke funfair itu akan tular di media sosial.

Menurut Riena, dia juga terkejut apabila video misteri itu meraih hampir setengah juta tontonan selepas ia dikongsi menerusi aplikasi TikTok.

Selain tertanya-tanya mengenai identiti budak lelaki berkenaan, netizen turut membanjiri ruangan komen dengan spekulasi dan andaian tersendiri.

"Saya save video ni sebab nak tengok slowmotion. Memang betul tak ada budak tu kat sebelah. Seat sebelah tu kosong weh.

"First round ada kawan, second round hilang dah. Nak kata dia tunduk semua tu tak logik, baju dah la warna putih.

"Bawa anak sis pergi berubat sis. Memang nampak jelas dia ada kawan di sebelahnya dan sedang berborak.

riena1

Antara komen netizen di TikTok.

"Yang mana kata budak tu tunduk, sebenarnya memang budak tu tak ada. Scary weh," tulis beberapa netizen.

Menurut Riena, dia sekadar berkongsi video itu ke TikTok untuk meminta kepastian daripada orang ramai.

Malah katanya, dia tidak ambil hati dengan segala komen yang diberi dan menerima segala kata-kata dengan hati terbuka.

"Saya upload untuk kepastian. Ingatkan kamera saya rosak atau saya salah pandang. Jadi apabila ramai yang komen, saya hanya sempat scroll dan like.

"Tapi saya tak ambil hati pun. Yang komen menyeramkan pun ada.

"Setakat ini anak saya okey. Tak kisah pun. Kalau ikutkan ni baru kali kedua saya pergi funfair. Ni pun Muiz sibuk nak ajak pergi lagi," ujarnya berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain