suria

Dapat hidup baru! Berbaloi tunggu lima tahun, lelaki ini lega buat pembedahan rahang... Paling penting tidur makin nyenyak

Hilman terpaksa tunggu lebih lima tahun untuk lakukan pembedahan rahang.

KEDUDUKAN tulang rahang yang tidak seimbang bukan sahaja boleh menjejaskan wajah, malah menyebabkan kedudukan gigi tidak tersusun.

Begitulah yang dialami oleh Hilman Hafidz, 23, apabila keadaan rahang giginya menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk makan selain menjejaskan kesihatannya.

Bercerita lanjut, Hilman berkata perjalanannya bagi membetulkan masalah tulang rahang tidak selari bermula selepas dia berkunjung ke klinik pergigian yang terletak di Hospital Banting, Selangor pada 2017.

ARTIKEL BERKAITAN: Ejek rakan mata juling, pelajar lelaki hampir menangis dimalukan awek dalam kelas - “Baru dia tahu macam mana rasa malu”

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya derita, gadis tanggung malu 4 ketumbit tumbuh di mata! Gurauan ‘suka intai orang mandi langsung tak lucu’ malah menyakitkan hati

"Saya pergi ke hospital sebab nak buat scalling gigi saja masa 2017 tu. Mula-mula tu saya buat sebab nak masuk pusat pengajian tinggi saja.

"Apabila dah lengkap semua proses pemeriksaan tu, saya dapat surat suruh pergi rujuk pada pakar. Saya buat biasa saja sebab ingatkan masalah tak serius," kata Hilman ketika dihubungi mStar.

Pada tahun yang sama, Hilman telah membuat temu janji dengan pakar untuk melihat masalah pada rahangnya yang sepatutnya boleh dirawat ini Hospital Selayang, Selangor.

Setelah berjumpa doktor pakar, dia dimaklumkan masalah yang dihadapi ini berpunca daripada aktiviti sukan yang diceburinya sejak tahun 2013.

Hilman membuat pembedahan rahang setelah lebih lima tahun menunggu.

"Apabila tiba tarikh berjumpa dengan pakar, saya terpaksa meneruskan beberapa proses seperti lakukan ujian Xray. Mereka juga ada ambil sample dalam kerangka mulut untuk tindakan lanjut.

"Selepas itu kami mengadakan perbincangan bersama keluarga. Sebenarnya ada dua penyebab yang membolehkan masalah ini terjadi dekat saya.

"Kemungkinan pertama adalah genetik tapi famili semua tak ada struktur muka macam ni. Jadi saya rasa ia berpunca daripada masa dekat sekolah dulu.

"Saya seorang pemain ragbi jadi doktor cakap mungkin kesan disebabkan jatuh atau terhentak yang kerap boleh jadi puncanya," ujar Hilman.

Saya percaya ramai yang anggap isu kedudukan rahang bukan masalah kerana keadaan ini tidak nampak macam satu penyakit.

HILMAN

Jelas Hilman yang menetap di Banting, Selangor ini, komplikasi akibat daripada masalah rahang ini menyukarkannya untuk menggigit juga bernafas dengan betul.

Hal ini menyebabkan Hilman terpaksa memakai pendakap gigi dan melalui proses pembedahan sepanjang lebih kurang lima tahun.

"Proses untuk pakai braces saja pun lama bagi saya. Lepas lima tahun baru dapat lakukan pembedahan termasuk tertangguh disebabkan Covid-19.

"Saya tetap teruskan juga nak buat pembedahan ni sebab bimbang kesan kalau dibiarkan berlarutan. Nanti saya susah nak makan, sukar nak gigit dan yang paling penting payah nak bernafas disebabkan struktur muka sudah kedepan.

Lelaki ini aktif bersukan sejak 2013.

"Lagi teruk dan ketara bila waktu tidur, rasa macam oksigen tak 100 peratus sampai," ujarnya.

Kata Hilman, kos untuk pemakaian pendakap gigi telah dinaikkan sebanyak RM1,300, manakala kos untuk pembedahan rahangnya berkemungkinan dalam anggaran RM4,000.

Ujarnya, dia percaya bahawa lebih ramai rakyat Malaysia di luar sana yang berhadapan masalah sama seperti ini.

Justeru, Hilman menyarankan agar golongan ini jangan takut untuk dapatkan nasihat dan rujukan pakar.

Hilman (kiri) ketika mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

"Kena ejek bila ada masalah rahang macam ni bagi saya normal saja. Saya tak pernah ambil hati dan anggap itu sebagai gurauan.

"Percayalah, lepas buat pembedahan saya rasa sangat selesa khususnya daripada segi penafasan masa tidur juga keselesaan lain-lain.

"Saya percaya ramai yang anggap isu kedudukan rahang bukan masalah kerana keadaan ini tidak nampak macam satu penyakit," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain