suria

Ibu usia 60 tahun teringin pakai baju pengantin, adik pakat dengan abang-abang cari butik bridal... Sudahnya bapa jadi hero ‘last minute’

Ibunya dikejutkan dengan hadiah hari jadi.

DEMI ibu tercinta, pastinya si anak sanggup melakukan apa sahaja yang dapat membahagiakan 'syurganya' itu.

Maka tidak hairanlah apabila impian si ibu untuk memakai baju pengantin pada hari ulang tahun kelahiran yang ke-60 tahun baru-baru segera ditunaikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak kongsi kejutan ulang tahun perkahwinan, tapi netizen ‘cair’ tengok bapa umur 50 tahun masih kacak... Ada yang panggil ‘hot daddy’

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan hari jadi untuk ibu tergendala, bapa dengan wajah serius saat akhir ‘tukar plan’ halang anak-anak masuk bilik

Menceritakan semula kejutan yang dilakukan untuk ibunya kepada mStar, Nur Syalina Sahalan memberitahu, perancangan dilakukan dengan sangat rapi walaupun dalam tempoh yang singkat.

Malah ibunya, Pauziah tidak langsung menyangka hasrat yang pernah disuarakan itu akan dikabulkan.

"Pada 21 Mei lalu, mak ada nyatakan teringin nak pakai baju pengantin semasa hari lahir dia.

"Mak kerap bercerita zaman dia kahwin dulu tak ada baju pengantin yang cantik-cantik. Dia pun tidak mempunyai majlis perkahwinan seperti anak muda sekarang.

"Tiga hingga empat kali dia cakap perkara yang sama, saya pun jadi buntu. Saya nak bantu tapi sebab saya baru habis belajar jadi tidak dapat melakukannya seorang diri," luah anak bongsu daripada enam beradik itu.

Menurut anak gadis berusia 20 tahun itu lagi, disebabkan mahu menunaikan juga hasrat ibunya, dia memaklumkan perkara tersebut kepada abang-abangnya.

Ibu dan ayah Scha gembira kerana berpeluang memakai baju pengantin.

Ibu dan ayah Scha gembira kerana berpeluang memakai baju pengantin.

Lebih mengejutkan apabila kelima-lima abangnya bersetuju untuk membuat kejutan pada hari lahir ibu.

"Semasa mak luahkan hasrat tu memang ada saya sahaja. Jadi saya tak tahu nak cakap apa-apa padanya ketika itu.

"Kemudian saya hubungi abang dan cakap fasal impian mak dan mahu tunaikannya. Selepas itu, kami putuskan untuk create satu group WhatsApp adik beradik bagi membincangkan perancangan secara lebih terperinci dan bagaimana nak buat persiapan dalam tempoh seminggu.

"Iyalah, mana nak cari bridal baju pengantin dan make-up dalam tempoh yang singkat ni," ujarnya.

Bagaimanapun dia bersyukur apabila secara kebetulan kakak iparnya mempunyai kenalan yang mengusahakan butik pengantin.

Justeru segala perancangan berjaya dilakukan dengan lancar dan teliti tanpa pengetahuan ibunya.

Photoshoot pengantin turut dilakukan.

Photoshoot pengantin turut dilakukan.

Tambah anak kelahiran Pasir Gudang di Johor itu lagi, perkara yang tidak dapat dilupakan apabila bapanya turut sama ingin terlibat dalam perancangan tersebut.

"Kejutan tu memang mak tak tahu apa-apa. Menghampiri tarikh yang dijanjikan, abang hubungi ayah dan bertanya sama ada ingin turut serta buat kejutan untuk mak.

"Mereka berdua bersembang dan akhirnya ayah pun bersetuju... ayah cakap dia pun teringin nak rasa perkara yang sama.

"Jadi kami berenam, berpakat untuk 'tong-tong' (kongsi) bagi merealisasikannya. Tibanya hari Sabtu, kami semua minta mak bersiap kerana nak bawa pergi makan.

"Mak pun turut sahaja ketika itu, tapi sebenarnya dia dibawa ke bridal untuk make-up dan sebagainya," ujar Syalina.

Scha merupakan anak bongsu.

Scha merupakan anak bongsu.

Semasa hari kejadian, memang kelihatan wajah ibunya yang sangat terkejut apabila disuruh duduk untuk solekan pengantin.

Disebabkan itu, Syalina terpaksa menyatakan bahawa ia adalah untuk menunaikan impian ibunya yang ingin memakai baju pengantin dan disolek.

"Tak sangka mak menangis. Semasa ditunjukkan baju pengantin yang akan dipakai, air matanya semakin deras mengalir," ujarnya yang rasa bertuah kerana ibunya menyukai baju pengantin yang dipilih itu.

Bila melihat abah masuk, mak pun sebak dan sekali lagi mengalirkan air mata sebab dia tidak sangka yang abah akan turut serta memakai baju pengantin.

SYALINA

Tambah gadis itu lagi, kejutan bridal tidak terhenti dengan solekan dan baju sahaja tetapi kehadiran bapanya dalam busana sedondon.

"Apabila melihat abah masuk, mak pun sebak dan sekali lagi mengalirkan air mata sebab dia tidak sangka yang abah akan turut serta memakai baju pengantin.

Sambutan hari lahir di homestay.

Sambutan hari lahir di homestay.

"Disebabkan situasi begitu, satu butik menangis kerana terharu tengok reaksi mak," ujarnya.

Menurutnya lagi, sambutan hari lahir mak kemudian diteruskan dengan photoshoot perkahwinan.

"Selepas photoshoot tu, kami cakap nak pergi makan-makan sebab ada orang buat rumah terbuka. Tapi mak dibawa ke homestay... kat situ dah siap-siap hias untuk sambutan birthday mak pula," ujarnya yang gembira apabila hari lahir ibunya diisi dengan pelbagai kejutan.

Katanya lagi, kerana terlalu gembira ibunya tidak henti-henti bercakap dan mengimbau kenangan berkenaan.

Malah dia mengakui bahawa sambutan hari lahir ke-60 itu adalah paling gembira dan tidak dapat dilupakan walaupun banyak kali menangis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain