suria

Luluh hati instafamous tengok adik istimewa positif Covid-19, ada hikmah tak larat singgah rumah mak selepas open house

Kasih seorang abang... Bengah sedih adik istimewa dijangkiti Covid-19.

DI sebalik keseronokan berkunjung ke rumah terbuka, personaliti media sosial, Bengah diuji apabila adik kesayangannya yang menghidap sindrom down positif Covid-19.

Bengah atau nama sebenarnya Hammad Zamakhashari Mohd Noor, 35, berkata, adiknya mengalami demam panas sebelum disahkan dijangkiti virus itu pada Khamis.

Berkongsi cerita kepada mStar, Bengah berkata, selain demam, adiknya yang berusia 24 tahun, Afiatul atau lebih dikenali sebagai Cik Pia mengalami batuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih seorang abang... dah berkeluarga tapi masih nak sedondon dengan adik OKU! Bengah akui terkenangkan Bella di Aidilfitri

ARTIKEL BERKAITAN: "Paling ‘kejam’ pernah buat cuma tak tegur, tak bawa jalan-jalan" - Instafamous ada adik istimewa menggigil tengok video Bella, geram dengan pelaku

"Keadaan adik okay, cuma demam dan batuk-batuk. Selain adik, beberapa ahli keluarga lain turut disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin.

"Kalau adik demam, memang dia manja suka mengadu dekat saya yang dia sakit. 'Ubatnya' kena bawa dia pergi berjalan-jalan makan itu ini, tapi sedih tak dapat buat sebab adik kuarantin," katanya ketika dihubungi.

Bengah yang mempunyai hampir sejuta pengikut di laman Instagram berkata, dia tetap bimbang dengan kesihatan adiknya meskipun telah menerima dos ketiga vaksin Covid-19.

"Saya paling risau kalau adik tak nak makan ubat. Banyak faktor, tapi kali ni saya tak berapa risau sebab kakak di rumah boleh pantau keadaan dia.

"Biar adik rehat di rumah, nanti saya datang jumpa dia. Moga baik-baik semuanya, insyaAllah," ujarnya yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik, manakala Afiatul adalah anak bongsu.

bengah adik 4

Adik Bengah, Afiatul atau lebih dikenali sebagai Cik Pia.

Bapa kepada seorang anak lelaki berusia dua tahun itu turut berkongsi rasa terkilan kerana tidak berkunjung ke rumah keluarganya dekat Cheras, Kuala Lumpur sehari sebelumnya.

"Saya pergi rumah terbuka dekat dengan rumah mak. Ingat nak singgah melawat mak. Macam biasa kalau dah pergi rumah mak, adik mesti nak minta saya beli keropok atau nak ikut saya balik ke rumah sebab kami tinggal berdekatan.

Kalau adik demam, memang dia manja suka mengadu dekat saya yang dia sakit.

BENGAH

"Tapi saya tak larat, penat sangat. Lepas pergi rumah terbuka terus balik. Esoknya (Khamis) dapat tahu adik demam dan positif Covid-19. Luluh hati ni, sedih pun ada," tambahnya.

Namun kata Bengah, dia menganggap ada hikmah di sebalik perkara yang berlaku dan reda dengan ujian yang menimpa dirinya sekeluarga.

bengah adik 3

Bengah berharap orang ramai mendoakan adiknya dan ahli keluarga sembuh.

"Memang terkilan tak datang ke rumah mak, tapi Allah nak jaga keluarga kecil Bengah (bersama isteri dan anak) daripada dijangkiti.

"Saya anggap ini sebagai satu ujian. Adik ada abang dan kakak selain saya, tapi kami cukup rapat. Memang sedih mengenangkan adik kesayangan yang sakit.

"Rindu pada adik, saya ada call mak dan bertanya khabar semua. Doakan adik saya dan ahli keluarga lain semoga segera sembuh dan dipermudahkan urusan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Bengah turut berkongsi video rakaman lama bersama adiknya di laman sosial miliknya pada lewat malam Khamis bagi mengubat kerinduan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain