suria

Lain macam bahasa ‘abang kurier’, wanita dimaki bodoh kerana tak bagi nombor MyKad... Dakwa ada barang tak dituntut

Scammer ini meminta nombor kad pengenalan wanita ini kononnya terdapat bungkusan belum dituntut.

KES penipuan atas talian bagaikan tidak berkesudahan, malah acap kali dibongkarkan oleh netizen di media sosial.

Terbaharu, tular pula kisah seorang scammer yang menyamar sebagai pekerja syarikat kurier sebagai taktik untuk memperdaya mangsanya.

Menurut pelayar Twitter dikenali sebagai Phoebe Shafinaz, dia nyaris menjadi mangsa pada Ahad lalu namun berjaya mematahkan cubaan jahat tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas scammer jual baju online dari seberang! Guna taktik ‘petik’ nama Kastam ‘perah’ duit mangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Jenayah keldai akaun: Bersedia beri penjelasan transaksi mencurigakan atau berdepan tindakan - BNM

"Individu mendakwa daripada syarikat kurier terkenal hubungi saya beritahu ada parcel yang belum dituntut. Saya berasa hairan sebab saya tahu pergerakan (status) barangan yang saya beli. Tak ada yang 'sangkut'.

"Mereka (scammer) ini secara profesional minta saya berikan nombor kad pengenalan tapi saya rasa ragu-ragu jadi saya enggan berikan kepada mereka," dakwanya.

Tambah wanita berkenaan lagi, lebih mengejutkan apabila dia dipanggil bodoh oleh individu yang dipercayai scammer itu kerana enggan memberikan kerjasama.

Ciapan asal posting milik Syafinaz di Twitter.

Dalam pada itu menurut Phoebe, pengalamanya bekerja dengan syarikat kurier sebelum ini menyebabkan dia lebih peka jika wujudnya unsur penipuan.

"Silap orang la dia nak scam. Saya pernah bekerja dengan syarikat kurier sebelum ni jadi saya tahu sangat macam mana mereka beroperasi.

"Mereka sangat jarang nak hubungi suruh tuntut barang atau bungkusan. Kebiasaannya, kita yang akan 'kejar' kurier suruh buat penghantaran semula.

"Apatah lagi syarikat penghantaran macam J&T yang tengah padat dengan barangan perlu dihantar. Mana ada masa nak call kita," selorohnya dalam bebenang ciapan tersebut.

Menerusi perkongsian yang menjadi tular di Twitter itu, Phoebe mengambil peluang menjelaskan beberapa modus operandi taktik penipuan biasa digunakan oleh scammer.

Phoebe menyatakan dia merupakan bekas salah seorang kakitangan J&T sebelum ini.

"Scammer ini akan menggunakan nombor telefon milik peribadi bukannya panggilan daripada syarikat.

"Operator menyuruh anda untuk memasukkan beberapa digit nombor untuk bercakap dengan ejen. Manakala ejen ini akan memindahkan panggilan anda kepada pihak scammer.

"Kemudian mereka akan meminta supaya kongsikan nombor kad pengenalan anda. Jangan kongsi!," jelasnya dalam bebenang (thread) di Twitter.

Susulan itu pengguna Twitter lain turut berkongsikan pengalaman mereka yang pernah mengalami nasib sama seperti Phoebe.

Komen netizen mengenai posting yang tular.

Malah, ada juga individu yang mendakwa pernah bekerja dengan syarikat kurier turut berkongsi mengenai proses pengendalian barang yang tidak dituntut.

"Saya pernah bekerja dekat J&T. Tak semua syarikat tu guna nombor office sebab lain branch lain pemiliknya. Tapi kalau ada parcel belum dituntut, biasanya mereka akan hubungi atau WhatsApp bagi mengesahkan nama dan alamat pada bungkusan.

"Nombor kad pengenalan tidak perlu. Itu sahaja," tulis seorang netizen dalam ciapannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain