suria

Anak tunggal usia 21 tahun ‘blur’ dapat tahu ibu hamil, mulalah fikir yang bukan-bukan - “Saya takkan bawa adik jalan tanpa mama”

Amiera mendapat adik di usia 21 tahun.

LEBIH 20 tahun seorang anak hidup meraih perhatian dan kasih sayang sepenuhnya daripada kedua ibu bapanya, namun semuanya berubah sekelip mata apabila ibunya memaklumkan dirinya sedang hamil cahaya mata kedua.

Dunia, Amiera Fazlyatun Nadya pada ketika itu seakan terhenti seketika.

"Saya speechless, rasa macam blur sekejap," imbas gadis berusia 22 tahun ini mengenai detik dia mendapat tahu mengenai kehamilan ibunya.

ARTIKLE BERKAITAN: Mata anak berkaca di majlis konvo, puncanya terjawab masa sesi luah perasaan dalam kereta... naluri si ibu tepat!

ARTIKEL BERKAITAN: Luah niat nak beli rim, terdiam bila isteri kata ‘baik pergi Makkah’! Suami terpaksa guna taktik ‘renung gambar’ minta simpati

Gadis yang mesra dipanggil Amiera ini berkata, ibunya pada mulanya berkongsi gambar kit ujian kehamilan di dalam grup WhatsApp keluarga.

"Dalam group cuma ada saya, ayah dengan mama je. Masa tu ingat mama main-main je, tapi bila balik kerja terus tengok, memang ada dekat rumah

"Masa tu perasaan bercampur baur, macam-macam saya fikir," katanya yang menetap di Pagoh, Johor.

Menurut Amiera, walaupun gembira untuk ibu dan bapanya, dia bagaimanapun tidak dapat mengawal diri daripada berasa takut apabila memikirkan tentang ibunya.

"Mama saya berusia 37 tahun, jadi dia dah masuk dalam kategori golongan berisiko untuk mengandung. Hati saya takut kehilangan mama sebab boleh kata setiap bulan mama akan check in hospital, sampai saya terdetik biarlah mama tak mengandung, sebab saya rasa kehamilan inilah jadi penyebab dia selalu keluar masuk hospital.

"Sebelum ni mama pernah mengalami keguguran, jadi kali ini kami tak terlalu berharap.

"Tapi dah rezeki kami terima. Alhamdullilah, dua bulan sebelum adik saya keluar semuanya okay, kesihatan mama semakin baik, dan bila bersalin pun Alhamdullilah mama dan baby sihat dan selamat," katanya, sambil menambah doktor sebelum itu memberitahu bahawa ibunya mungkin berdepan risiko kesihatan selepas bersalin.



Amiera bersama ibu bapa dan adiknya.

Setelah lebih 20 tahun 'membolot' sepenuhnya kasih sayang ibu dan bapanya, Amiera turut mengaku risau apabila memikirkan nasib dirinya menerima ahli keluarga baharu bergelar 'adik'.

"Memang perasaan tu ada, terutama masa mama pregnant dia selalu marah-marah saya jadi saya risau sebab baby belum keluar pun saya dah kena marah, apatah lagi kalau dah dilahirkan.

"Memang masa tu ada je benda tak kena di mata saya, sampai satu tahap saya menangis seorang diri. Saya ingat lagi masa hari raya, tiba-tiba kena marah, lepas tu mama tiba-tiba nak touching dengan saya, memang itulah momen yang paling sedih," katanya, sambil menambah dia bagaimanapun faham bahawa ibunya pada ketika itu berada di awal proses kehamilan.

Ibu dan bapa Amiera dalam masa sama meyakinkan dirinya bahawa kasih sayang mereka tak akan berubah dan dia akan tetap dilayan sama rata.

"Masa mula-mula saya sedih tu mama tak tahu, saya cuma luahkan dekat makcik je, jadi makcik yang bagi nasihat suruh saya sabar sebab mungkin ibu marah-marah sebab pembawakan budak.

"Tapi lepas tu mama dengan ayah pun ada cakap, kakak jangan risau, macam mana pun mama dengan ayah akan beri layanan sama rata dekat kakak dengan adik nanti," katanya



Amiera membantu menjaga adiknya.

Menurut Amiera, dia kini berasa seronok kerana mempunyai seorang adik, malah dia yang terlebih teruja untuk membelikan adiknya itu pelbagai barangan.

"Alhamdullilah sekarang dah okay, saya happy sangat sebab ada adik sendiri, sebelum ni main dengan adik orang je, tapi saya tak akan bawa dia jalan tanpa mama dan ayah sebab saya tak nak orang ingat tu anak saya.

"Nama adik Amanda Zahratul Maliyya, mak saya mula-mula nak letak nama lebih kurang macam saya, tapi saya tak rela, biarlah nama saya tu saya seorang je.

"Sekarang saya pula yang terlebih excited belikan Amanda itu ini," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain