suria

Luah niat nak beli rim, terdiam bila isteri kata ‘baik pergi Makkah’! Suami terpaksa guna taktik ‘renung gambar’ minta simpati

Azie menghadiahkan rim kereta buat suaminya.

MEMBAHAGIAKAN pasangan merupakan antara perkara yang sangat penting dalam melayari bahtera kehidupan berumah tangga.

Namun peranan untuk membahagiakan pasangan ini tidak hanya terletak pada suami, sebaliknya isteri juga perlu memainkan tanggungjawabnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Habislah ibu dah kantoi! Anak 5 tahun suka bergosip dengan bapa, hantar report emaknya main TikTok dalam selimut

ARTIKEL BERKAITAN: “Pekak ke apa kau ni?” - Selamba kongsi video tengking pekerja McD ketika drive-thru, lelaki ini teruk dikecam

Perkongsian seorang wanita yang sanggup berbelanja besar untuk memberi hadiah kejutan buat pasangannya baru-baru ini mendapat pujian daripada rata-rata netizen.

"Perh boleh tahan harga Modellista (jenama aksesori untuk Toyota Vellfire) ni sis," tulis seorang warga maya.

Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Azie Fazamilla Awi, 33, berkata, empat rim kereta tersebut dibelinya sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada 4 Januari lalu.

Jelasnya, suaminya, Fakhruddin Zulkifli, 36, pernah berberapa kali menyuarakan keinginan untuk memiliki rim kereta baharu, namun dia sanggup mengetepikan kehendaknya demi keluarga.

"Suami ada cakap nak tukar rim terus alang-alang tayar semua dah haus, saya cakap biar dulu sebab rim bukan keperluan, dari beli rim baik kita pergi ke Makkah buat umrah. Jadi dia pun reda dan buat keputusan untuk kami berdua mengerjakan umrah sekali dengan ma dan abah.

"Tapi lepas balik umrah masa kuarantin tu hari-hari dia tengok gambar rim dekat Facebook, kalau saya duduk di sebelahnya dia akan buka gambar rim tu depan saya. Suami memang macam tu kalau nak apa-apa dia akan tunjuk dan buka gambar atau video depan isteri untuk beritahu keinginan dia.

"Jadi kita sebagai isteri ni kena faham-faham la," katanya.



Azie bersama suami dan anaknya.

Azie yang juga seorang peniaga berkata, dia kemudiannya secara senyap-senyap menghubungi kedai rim kereta tersebut dan menguruskan supaya rim tersebut dihantar terus ke rumah mereka di Gong Badak, Kuala Terengganu.

"Masa barang sampai tu dia memang teruja sangat, ye la rim idaman dia kot, tak berhenti-henti dia ucap terima kasih sebab dari dia main K-car dulu lagi saya sentiasa sokong dia dan beli barang untuk kereta dia," katanya.



Rim kereta yang dibelikan Azie buat suaminya.

Enggan mendedahkan harga rim kereta tersebut, Azie berkata dia mengambil masa sekitar dua bulan lebih untuk membelikan rim buat suaminya.

"Suami saya seorang yang terlalu memahami keinginan isteri, dia seorang suami yang tak pernah berkira untuk beli keinginan anak dan isteri, selalu dahulukan isteri untuk apa sahaja.

"Banyak dia berkorban untuk isteri dia.

"Jadi bila tengok suami gembira, kita dah cukup bahagia sebab dapat tunaikan keinginan dia," kata Azie yang mempunyai seorang cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain