suria

‘Termakan’ usikan gadis di TikTok, selepas 5 bulan kenal terus kahwin... apa kes pengantin lelaki menangis atas pelamin?

Alif dan isterinya akhirnya selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri,

DI sebalik senyum dan tawa dalam meraikan hari bahagia, pengantin lelaki ini gagal menahan air mata tatkala dia melihat ibunya melangkah naik ke pelamin.

Menurut Muhammad Akmal Alif Ghani, 27, dia secara spontan diselubungi rasa sebak apabila mengenangkan segala pengorbanan Jamilah Ahmad, 57, dalam membesarkannya selama ini.

"Saya rasa sedih sebab mama merupakan syurga saya, bila jauh sikit mesti rindu. Saya pula anak bongsu, jadi saya memang rapat dengan mama.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin berjurai air mata di pelamin, hiba tengok bapa menangis tak sanggup ‘lepas’ anak bongsu - “Saya kira, memang sembilan kali ulang lafaz”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin biarkan saja air matanya mengalir, tak mampu tahan emosi lihat adik menangis masa jadi wali - “Dah tak boleh manja dengan kakak”

"Walaupun saya nakal, Alhamdulillah sekarang saya dah jadi 'orang' dengan didikan dan ajaran mama. Saya sedih sebab terkenang dia didik saya sejak kecil.

"Kalau orang kata saya buat-buat menangis, tak mungkin sebab emosi itu datang dari hati. Mama merupakan syurga saya," ujarnya yang senang disapa Alif.

Dalam majlis resepsi yang berlangsung di Pontian, Johor pada Sabtu, Alif diraikan bersama pasangannya Nur Emylia Azreen Saifulbahri, 23, selepas mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Khamis lalu.

Rakaman yang memaparkan Alif sedang menangis turut dikongsi ke aplikasi TikTok sehingga ia meraih lebih 217,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

alif2

Pasangan ini berkenalan menerusi TikTok.

Kata Alif, dia sekadar berkongsi rakaman itu untuk disimpan sebagai kenangan dan tidak menyangka ia bakal dihujani dengan pelbagai komen netizen.

"Video itu saya upload untuk kenangan. Saya anggap ia momen paling berharga dalam hidup. Kawan-kawan pun tak pernah tengok saya tumpah air mata, saya ni jenis susah nak nangis.

Kami sebenarnya jumpa dalam TikTok. Isteri yang tegur saya dulu, dia terlihat video saya sedang sedih dalam TikTok.

ALIF

"Saya terkejut bila video kami viral. Ramai yang ucap tahniah. Pada masa sama, saya terharu bila ramai yang doakan kebahagiaan saya dan isteri," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai perkenalan singkatnya dengan Nur Emylia, Alif mendedahkan mereka berkenalan menerusi aplikasi TikTok pada tahun lalu.

Bermula secara dalam talian, hubungan tersebut menjadi semakin erat sehinggalah mereka membuat keputusan mendirikan rumah tangga selepas lima bulan berkenalan.

alif3

Mempelai diraikan dalam majlis resepsi di Pontian pada Sabtu.

Malah, Alif juga sanggup berpindah dari Kuala Lumpur ke Johor ketika fasa awal perkenalan demi mengenali hati budi gadis tersebut.

"Kami sebenarnya jumpa dalam TikTok. Isteri yang tegur saya dulu, dia terlihat video saya sedang sedih dalam TikTok.

"Dia usik-usik kat video, kemudian dari TikTok kami bermesej di Instagram, WhatsApp sehinggalah jadi rapat.

"Empat bulan berkenalan, bulan kelima kami terus kahwin. Persiapan pun dibuat pada Disember tahun lepas, sangat cepat. Tapi saya percaya ini takdir Allah.

alif4

Pasangan pengantin diapit ibu masing-masing ketika diraikan dalam majlis tersebut.

"Saya yakin ini yang terbaik untuk saya. Saya juga ambil keputusan untuk pindah dari Kuala Lumpur dan menetap di Pontian untuk membina kehidupan dengan isteri.

"Sebenarnya saya dah pindah ke Pontian ketika awal-awal kenal dia dulu. Saya memang pindah ke sana untuk kenal dia," ujar Alif lagi.

Mengenai dirinya, Alif berkata dia bekerja sebagai peniaga manakala isterinya merupakan pengasas produk kecantikan jenama sendiri.

Kini, pasangan itu turut menjalankan perniagaan minuman dan keropok lekor secara bersama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain