suria

Ramai ‘panas’ foto Bangman dibuat poster obesiti, tapi tuan badan cuma sentap sekejap... gembira tak lama lagi dah nak kahwin!

Bangman pada mulanya terkejut dengan salah satu gambar diedit yang memaparkan wajahnya.

NIAT asal mahu lebih 260,000 pengikut di Twitter membuat suntngan pada gambarnya, content creator yang dikenali sebagai Bangman tidak menyangka selepas itu berlaku kekecohan gara-gara sekeping fotonya yang telah disunting.

Gambar tersebut menunjukkan risiko obesiti yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti strok, serangan jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, kanser, sakit sendi dan osteoarthritis, di mana imej Bangman diletakkan di tengah-tengah.

"Tak lawak, body shaming orang."

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu 8XL kini 3XL! Wanita mangsa body shaming gigih berubah ketika berat hampir 200kg... kongsi kisah seksa nak ke tandas, kerusi patah

ARTIKEL BERKAITAN: "Maaf... saya mengaku tak profesional" - Jejaka sado kesal lakukan serangan buli siber, body shaming di media sosial

"Padam je lah, tak kelakar," demikian antara komen-komen netizen yang mengkritik suntingan foto berkenaan yang dianggap tidak sensitif dan yang boleh mengguris perasaan orang lain.

Imej tersebut disunting daripada foto kempen kesedaran mengenai risiko obesiti oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bercakap kepada mStar, Bangman berkata, dia bukan pertama kali meminta para pengikut mengedit gambarnya termasuk versi filter untuk tujuan hiburan dan jenaka di media sosial.

bangman edit 10

Foto kiri Bangman meminta pengikutnya menyunting gambarnya, (kanan) Bangman memberi respons terhadap salah satu foto yang disunting.

Namun, Bangman atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Salim mengakui terkejut melihat hasil foto yang telah disunting mengaitkan dirinya dengan risiko obesiti susulan posting yang dibuatnya di Twitter pada Jumaat.

"Pertama kali saya tengok gambar tu rasa sentap. Tapi lama-lama tengok, saya melihatnya sebagai isu kecil. Bila fikir secara positif, tak ada pun unsur menghina atau body shaming.

"Saya melihatnya sebagai satu kesedaran mengenai risiko obesiti. Saya sendiri okay, tak berkecil hati," kata pemuda berusia 26 tahun itu ketika dihubungi.

bangman edit 5

Antara foto Bangman yang diedit. sumber Twitter

Bangman yang juga mempunyai 616,000 pengikut di laman Instagram dan lebih 740,000 pengikut di aplikasi TikTok bagaimanapun menegaskan terdapat suntingan gambar-gambarnya yang lain yang boleh dianggap keterlaluan.

"Gambar saya pernah disunting dengan warna hitam putih dan ditulis Al-Fatihah, seperti seseorang yang telah meninggal dunia.

Gambar saya pernah disunting dengan warna hitam putih dan ditulis Al-Fatihah, seperti seseorang yang telah meninggal dunia. Bagi saya foto sebegitu amat sensitif

BANGMAN

"Bagi saya foto sebegitu amat sensitif. Jangan mempermainkan hal kematian, agama dan tokoh-tokoh," ujarnya yang berdepan dengan situasi tersebut beberapa kali.

Walau bagaimanapun, Bangman yang berasal dari Kajang, Selangor menghargai para pengikutnya dan meminta perkara tersebut tidak seharusnya diperbesarkan.

bangman edit 8

Salah satu gambar suntingan yang turut menjadi perhatian. sumber Twitter

Dalam pada itu, content creator bagi liputan media untuk telefon pintar itu turut melihat foto 'risiko obesiti' tersebut sebagai pendorong untuk dirinya mengurangkan berat badan.

Bangman yang berketinggian 185 sentimeter ini berhasrat untuk mengurangkan badan kerana dirinya bakal bergelar suami menjelang pertengahan tahun ini.

"Berat badan saya sekarang 150 kilogram, tapi sebelum ini pernah seberat 185kg. Bila nak kahwin ni sudah tentu saya berusaha untuk mengurangkan lagi berat badan.

"Harap misi saya ini dipermudahkan," katanya sambil menambah bakal isterinya juga berusia 26 tahun dan berasal dari Batu Pahat, Johor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea