suria

Guru pertaruhkan ‘ilmu nenek’ buka bisnes katering, sangat pentingkan kepuasan pelanggan... puas hati baru bayar penuh!

BERKONGSI masakan di media sosial sudah menjadi trend dan ikutan pada masa kini sehingga ia boleh menjana pendapatan.

Itulah yang berlaku kepada Muhamad Nur Hafizi Ahmad Johari, apabila content masakan yang dimuat naik di media sosial mendapat perhatian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah kata waktu muda untuk struggle” - Baru 2 minggu bisnes dah ada dugaan, anak termenung kata-kata bapa jadi kenyataan

ARTIKEL BERKAITAN: “Penat tapi kenalah buat juga’’ - Pengantin ‘murah senyuman’ tetap menonjol di hari bahagia, video tenang dalam banjir raih lebih 7 juta tontonan

Bercerita lanjut kepada mStar, kata pemuda berusia 27 tahun itu, sejak kecil dia sememangnya suka memasak dan sering membantu nenek di dapur, juga di majlis kenduri.

“Dari kecil lagi saya memang suka tolong nenek memasak. Saya belajar sikit-sikit termasuk petua orang dulu-dulu dengan nenek.



Cikgu Joe rajin berkongsi resepi masakan katering di TikTok.

“Nenek pula memang duduk dengan saya dan keluarga dari kecil lagi. Kadang-kadang kalau ada kenduri dekat kampung nenek akan bawa saya.

“Saya akan tolong nenek ‘merewang’ dengan orang-orang kampung. Dari situ saya mula cuba masak sehinggalah mahir,” ujarnya yang juga bergelar pendidik.

Jelas anak kelima daripada enam beradik ini, pada mulanya dia hanya masak makanan untuk diagihkan kepada orang ramai.

Mesra disapa Cikgu Joe, dia tidak menyangka ramai yang akan memuji masakannya hingga sering menerima tempahan dalam kalangan penduduk sekitar Kelantan.

Melihat kepada permintaan memberangsangkan, dia akhirnya memutuskan untuk membuka perusahaan katering pada 2018.

“Pelanggan yang bagi cadangan suruh saya buat katering. Jadi masa tengah tunggu posting jadi cikgu saya mula buat katering.

“Saya bayar upah orang-orang kampung dua hingga tiga orang untuk bantu saya sediakan menu.

Bila mereka dah puas hati dengan makanan, baru minta full payment sebab saya percaya semua akan berpuas hati dengan makanan.

CIKGU JOE

“Saya tak ada pekerja tetap. Siapa yang free, boleh datang tolong saya. Perniagaan saya pun masih baru lagi,” ujarnya.

Namun dalam apa jua jenis perniagaan, ada naik dan turunnya dan Cikgu Joe sendiri pernah menanggung kerugian.



Walaupun pernah menanggung kerugian namun jejaka ini tidak pernah putus asa.

Setelah mendapat tempat mengajar di Puchong, Selangor sebagai guru Pendidikan Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Puchong, pada 2019, dia mula menerima tempahan di kawasan sekitar Puchong pula.

“Saya pernah rugi lebih kurang RM1,000 dalam perniagaan katering ni. Customer tu cancel last minute.

“Masa tu saya dah beli dan siapkan semua bahan nak masak. Tapi saya faham je mungkin majlis dia pun tak jadi last minute juga.

“Semua barang mentah tu yang mana boleh simpan saya simpanlah. Yang selebihnya saya jamu orang lain makan sebab tak boleh simpan lama-lama. Saya anggap tak ada rezeki saya masa tu.

“Saya pula memang akan ambil deposit saja dengan customer. Bila mereka dah puas hati dengan makanan, baru minta full payment sebab saya percaya semua akan berpuas hati dengan makanan dan tak ada lagi komplen setakat ni," katanya.

Berikutan video yang tular di Tiktok, bisnes ini mendapat sambutan baik tetapi demi kerjaya perguruannya, dia terpaksa mengehadkan kuantiti tempahan kepada kurang 100 bungkus.

Menurut Cikgu Joe, antara menu yang boleh ditawarkan kepada pelanggan adalah nasi minyak dan nasi dagang yang dipelajari daripada neneknya.



Cikgu Joe bersama makanan yang ditempah pelanggan.

“Alhamdulillah tak sangka pula bila saya share di TikTok makin ramai yang kenal Joe Catering.

“Buat masa sekarang saya tak serius dengan katering ni cuma buat sampingan saja sebab mahu fokus mengajar tapi saya memang bercita-cita nak buka kedai makan kalau ada rezeki lebih,” menurut jejaka ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain