suria

Longgokan tanah, rumput jatuh di jalan... abang polis, orang awam di Sarawak tolong-menolong nak lancarkan trafik dipuji

Tangkap layar video yang dikongsi PDRM di Facebook pada Rabu.

BERAT sama dijunjung, ringan sama dipikul.

Begitulah gambarannya mengenai semangat kerjasama antara anggota polis dan orang awam yang membersihkan jalan raya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetap bantu walau tiada pengalaman! Polis wanita jadi ‘bidan’ sambut bayi lahir dalam kereta, tali pusat belit leher - “Nampak SJR, suaminya terus u-turn”

Dalam video tular berjudul #BiarlahJasaJadiKenangan, mereka dilihat mengalihkan longgokan tanah dan rumput yang dipercayai terjatuh dari kenderaan berat yang melalui Jalan Pesisir Pantai Bekenu/Bintulu, Sarawak.

Video itu dikongsi ke laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) pada Rabu petang.

"Sudah menjadi amalan buat pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk sedia membantu mengalihkan apa jua halangan yang terdapat di jalan raya bagi memastikan kelancaran trafik.

"Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Pemantauan Op Selamat 17 dari JSPT, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak yang diketuai oleh Asisten Superitendan Mohd Azlizi Razali bersama Sarjan Mejar Mohd Radzi Asmara Ibrahim, Lans Koperal Diesam dan Lans Koperal Usriman Udin.

Ramai netizen memuji sikap mulia polis dan orang awam yang dipaparkan dalam video tersebut.

"Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada orang awam yang bersama membantu agar jalan tersebut kembali selamat digunakan," ujar pengendali Facebook PDRM dalam posting tersebut.

Dalam posting sama, pihak PDRM turut mengingatkan orang awam supaya sentiasa memeriksa muatan yang dibawa bagi mengelakkan sebarang kejadian atau musibah daripada berlaku.

Posting video berdurasi 2 minit 33 saat itu turut meraih perhatian orang ramai sehingga dihujani dengan pelbagai pujian.

"Terbaiklah anggota PDRM. Semoga sihat-sihat, dirahmati, diberkati dan dlindungi Allah selalu. Begitu juga orang awam, memberi kerjasama yang baik sekali.

"Anda semua terbaik. PDRM dan masyarakat berpisah tiada. Tahniah.

"Baguih saling tolong menolong... walaupun kena saman... benda baik kita puji.

"Tiba-tiba mata masuk habuk melihat paparan ini. Terbaik," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain